Sabtu, 15 September 2018

Renungan Petang, Ahad 16 September 2018



Renungan Petang
Ahad, 16 September 2018

Yang Menjadi Suami Mu

"Maka pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN, engkau akan memanggil Aku: Suamiku, dan tidak lagi memanggil Aku: Baalku!" Hosea 2:15

Nama 'Hosea' memiliki maksud iaitu, keselamatan. Dia diutus oleh Tuhan untuk menegur bangsa Israel  (umat pilihan Tuhan) yang sudah tidak lagi setia kepada Tuhan. Dalam Perjanjian Lama hubungan Tuhan dengan bangsa Israel seringkali digambarkan sebagai hubungan perkhawinan atau ikatan perkhawinan secara rohani.

Tuhan memposisikan diri-Nya sebagai Suami, sedangkan bangsa Israel sebagai isteri-Nya. Namun hubungan intim ini telah dirosakkan oleh bangsa Israel yang telah berlaku tidak setia kepada Tuhan. Tindakan bangsa Israel 'membelakangi' Tuhan untuk menyembah kepada dewa-dewa (berhala) dianggap Tuhan sebagai ketidaksetiaan atau perzinahan rohani.

Melalui Hosea ini, Tuhan mengungkapkan kekecewaan-Nya yang mendalam, sebab mereka hanya menganggap Tuhan sebagai Baal, bukan lagi sebagai Suami. Maksudnya hubungan ini tidak lagi berdasarkan penyerahan hati atau berdasarkan kasih yang mendalam. Namun sekalipun bangsa Israel tidak setia, Tuhan tetap mengasihi mereka dan rindu untuk memulihkan mereka menjadi umat kesayangan-Nya kembali.

"Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku untuk selama-lamanya dan Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku dalam keadilan dan kebenaran, dalam kasih setia dan kasih sayang. Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku dalam kesetiaan, sehingga engkau akan mengenal TUHAN."  (Hosea 2:18-19). Tuhan memperlakukan umat Israel dengan begitu sabar agar dapat membawa mereka pulang kembali ke dalam pelukan-Nya.

Jika memperhatikan sepanjang sejarah bangsa Israel, Tuhan sangat mengasihi mereka dan tetap berlaku sabar, sekalipun mereka telah bercabang hati, hendaknya hal ini menguatkan iman kita selaku Israel-Israel rohani. Sekalipun kita harus melalui lembah kesusahan, jika kita mahu bertahan, tetap setia dan tidak meninggalkan 'Suami', Tuhan berjanji: "Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku dalam kesetiaan, sehingga engkau akan mengenal TUHAN."  (Hosea 2:14);  Lembah kesusahan akan diubah Tuhan menjadi Pintu Pengharapan.


Kesetiaan Tuhan atas kita tak pernah berubah. Kiranya Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan