Khamis, 13 September 2018

Renungan Petang, Khamis 13 September 2018



Renungan Petang
Khamis, 13 September 2018

Tuhan Tidak Pernah  Berubah

"tetapi Engkau tetap sama, dan tahun-tahun-Mu tidak berkesudahan." Mazmur 102:28

Kita sering terdengar ada pasangan suami isteri yang mengeluh kerana pasangannya sudah mulai berubah. Suami yang dahulunya penyabar dan penuh perhatian kini berubah menjadi pemarah, kasar, malahan suka memukul. Isteri yang dahulunya bermulut manis dan halus budi bahasanya kini cerewet dan kasar. Berbeza sekali ketika baru berkhawin.

Ada ramai juga ibubapa mengeluh kerana begitu besar perubahan dalam diri anak-anak mereka. Mereka yang dahulunya seorang penurut tetapi kini suka sekali memberontak. Mungkin kita juga mengenali seseorang yang kita anggap baik dan kita berfikir bahawa kebaikan itu akan terus berlangsung tetapi rupa-rupanya kini dia berubah. Betapa sering kita dikecewakan oleh orang lain yang ingkar terhadap janji-janjinya. Tak ada jaminan bahawa manusia yang kita kenal akan tetap sama selamanya. Manusia mudah berubah...itulah manusia.

Oleh itu jangan, sekali-kali "...berharap pada manusia, sebab ia tidak lebih dari pada embusan nafas, dan sebagai apakah ia dapat dianggap?" (Yesaya 2:22). Juga nabi Yeremia memberikan peringatan keras: "Terkutuklah orang yang mengandalkan manusia, yang mengandalkan kekuatannya sendiri, dan yang hatinya menjauh dari pada TUHAN!" (Yeremia 17:5).  Berharap dan mendahulukan manusia hanya akan membuat kita kecewa, sakit hati dan tertekan kerana manusia mudah sekali berubah.

Siapa yang tidak pernah berubah? Tuhan. "Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah," (Maleakhi 3:6). Hanya Tuhan, satu-satunya peribadi yang "...Yesus Kristus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya." (Ibrani 13:8), yang selalu konsisten dengan apa yang diucapkan atau janjikan, sebab "Allah bukanlah manusia, sehingga Ia berdusta bukan anak manusia, sehingga Ia menyesal. Masakan Ia berfirman dan tidak melakukannya, atau berbicara dan tidak menepatinya?" (Bilangan 23:19).

Hanya Tuhan yang tidak pernah melupakan atau melalaikan apa yang pernah dijanjikan-Nya. Tuhan tidak pernah berubah dengan tujuan agar manusia diselamatkan dan memperolehi apa yang dijanjikan-Nya. Bersemangatlah menjalani kehidupan ini, kerana kita mempunyai Tuhan yang tidak pernah berubah.


Kiranya Tuhan memberkati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan