Renungan Petang
Rabu, 12 September 2018
Rabu, 12 September 2018
Menjaga Dan Memelihara Hati
"Seperti air mencerminkan wajah, demikianlah hati manusia mencerminkan manusia itu." Amsal 27:19
Hati manusia mencerminkan tabiat manusia. Maksudnya apa yang ada dalam hati seseorang pasti akan kedengaran dalam ucapan dan kelihatan tindakannya. Kalau hati bermasalah maka segala ucapan dan tindakannya juga pasti ada sesuatu yang mengganggu. Itulah sebabnya penulis Amsal menasihati kita agar sentiasa menjaga hati dengan penuh kewaspadaan agar tetap dalam keadaan baik. "Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan." (Amsal 4:23).
Mengapa hati harus selalu dijaga? Kerana hati boleh menimbulkan berbagai masalah dalam kehidupan harian kita. Tuhan menunjukkan bahawa ada banyak persoalan yang boleh terjadi di dalam hati manusia.
Hati sumber kejahatan. "Karena dari hati timbul segala pikiran jahat, pembunuhan, perzinahan, percabulan, pencurian, sumpah palsu dan hujat." (Matius 15:19). Apapun tindakan kejahatan seperti membunuh, merampok, mencuri, menipu, memerkosa dan sebagainya, bermula dari niat yang ada di dalam hati si pelaku. Sungguh mengerikan sekali jika hati tidak terjaga dan dipelihara dengan baik.
Hati boleh menjadi degil. "...hati mereka tetap degil." (Markus 6:52b). Degil adalah sebuah kata yang sebenarnya sangat mengerikan, kerana istilah Yunani yang digunakan di sini adalah porosis, yang bermaksud seperti batu yang kerasnya luar biasa, ditutupi oleh sesuatu yang tebal, mengeras dan sukar untuk memahami. Dalam Kamus Bahasa Melayu, perkataan degil mempunyai maksud tidak mahu menuruti nasihat orang, keras kepala atau berkepala batu.
Apa pun yang terucap dari mulut orang semuanya berasal dari hati. Kalau hati benar, yang keluar dari mulut pasti benar. Sebaliknya apabila hati dalam keadaan keruh, pasti yang keluar dari mulut adalah hal-hal yang negatif. "Karena yang diucapkan mulut meluap dari hati. Orang yang baik mengeluarkan hal-hal yang baik dari perbendaharaannya yang baik dan orang yang jahat mengeluarkan hal-hal yang jahat dari perbendaharaannya yang jahat." (Matius 12:34-35).
Jaga dan peliharalah hati agar tetap kuat dan teguh walaupun berhadapan dengan segala macam ujian dan cabaran. Menjaga dan memelihara hati adalah dengan melakukan firman dan kehendakNya. Kiranya Tuhan memberikati!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan