Renungan Petang
Rabu, 26 September 2018
Menjadi Terang Kepada Kegelapan
"Akulah terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang hidup." Yohanes 8:12
Cuba bayangkan bila dunia ini gelap gulita, tanpa cahaya sedikit pun. Pasti tidak akan ada kehidupan kerana manusia tidak dapat melakukan apa-apa, dan tidak ada makhluk yang dapat hidup. Oleh itu berfirmanlah Tuhan, "Jadilah terang. Lalu terang itu jadi. Allah melihat bahawa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap. Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam." (Kejadian 1:3-5).
Tuhan pun melengkapi dengan benda-benda langit seperti matahari, bulan dan bintang. Dengan adanya terang, makhluk hidup dapat bertumbuh dan ada kehidupan, manusia pun dapat melakukan aktivitinya. Sungguh, semua orang memerlukan terang atau cahaya. Memang, kita memiliki mata yang berfungsi untuk melihat tetapi apabila tidak ada terang atau cahaya, mata kita tidak dapat berfungsi untuk melihat.
Saat ini dunia masih diliputi oleh kegelapan rohani kerana dunia telah dipenuhi oleh segala macam kejahatan dan dosa. Akibatnya ramai orang yang mata rohaninya menjadi buta sehingga mereka tidak dapat melihat kebenaran. Kegelapan inilah yang membawa manusia kepada kematian kekal. Itulah sebabnya dunia sangat memerlukan terang sejati.
Adapun terang sejati itu adalah Tuhan Yesus kristus, "Akulah terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang hidup." (ayat kunci).
Dua ribu tahun silam Yesus menyinari dunia ini dengan terangNya yang ajaib. Seluruh waktu, tenaga dan hidupnya Dia curahkan untuk melayani jiwa-jiwa dengan penuh kasih dengan mengajar, menyembuhkan orang sakit dan menghidupkan semula orang mati. Bukan hanya itu, Dia juga rela menyerahkan nyawaNya, mati di atas Kalvari untuk menebus dosa seluruh umat manusia.
Kini Tuhan Yesus menyerahkan tanggungjawab itu kepada kita sebagai anak-anakNya. Cahaya dalam perjalanan untuk meneruskan tugasNya menyinari dunia ini dengan terang Syurgawi. Tuhan Yesus berkata, "Kamu adalah terang dunia. Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di sorga." (Matius 5:14, 16).
Tuhan Yesus adalah Terang Sejati bagi dunia. Kita adalah saksi-saksi bagi Tuhan. Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan