Renungan Petang
Jumaat 21 September 2018
Jumaat 21 September 2018
Allah Akan Memimpin UmatNya
Apabila engkau menyeberang melalui air, Aku akan menyertai engkau, atau melalui sungai-sungai, engkau tidak akan dihanyutkan; apabila engkau berjalan melalui api, engkau tidak akan dihanguskan, dan nyala api tidak akan membakar engkau. Yesaya 43:2.
Allah mempunyai sebuah gereja di muka bumi ini iaitu, umat pilihanNya, yang memelihara perintah-perintahNya. Dia sedang memimpin, bukan terbahagi-bahagi kepada banyak kumpulan iaitu, seorang di sini dan seorang di sana, tetapi setiap umat.
Jangan ragu-ragu dan takut bahawa pekerjaan ini tidak akan berjaya. Allah adalah pemimpin pekerjaan ini, dan Dia akan mengatur segala-galanya. Jika perkara-perkara memerlukan penyesuaian di akhir pekerjaan, Allah akan memperhatikannya dan bekerja untuk membetulkan setiap kesalahan. Marilah kita beriman bahawa Allah akan membawa kapal yang mulia itu, yang membawa umat Allah, dengan selamat ke pelabuhan.
Sebuah kapal berlayar dari Portland, Maine, ke Boston, suatu ketika dahulu, sebuah badai melanda dan ombak besar mengombang-ambingkan kapal tersebut. Lampu-lampu berjatuhan dan tangkai-tangkainya berguling ke sana ke mari seperti bola. Para penumpang ketakutan dan ramai yang menjerit, hanya menunggu ajal maut menjemput.
Setelah beberapa ketika kemudian, nakhoda datang ke atas kapal. Kapten kapal berdiri di samping nakhoda itu ketika sang nakhoda mengendalikan roda kemudi, dan mengungkapkan ketakutannya. “Mahukah Anda mengendalikan kemudi ini?” tanya nakhoda itu. Sang kapten belum bersedia untuk melakukan tugasan itu sebab dia tahu bahawa dia kurang berpengalaman.
Kemudian beberapa penumpang merasa gelisah dan mengatakan bahawa mereka takut kalau nakhoda itu akan menghempaskan mereka pada batu. “Mahukah Anda mengambil kemudi ini?” tanya sang nakhoda; tetapi mereka tahu bahawa sang kapten tidak dapat mengendalikan kemudi itu.
Bayangkan jika anda berada di atas kapal ini, bilamana anda merasa bahawa pekerjaan ini berada di dalam bahaya, berdoalah, “Tuhan, berdirilah pada kemudi. Bawalah kami melalui kebingungan ini. Bawalah kami dengan selamat menuju ke pelabuhan.” Apakah kita mempunyai alasan untuk tidak percaya bahawa Tuhan akan membawa kita keluar dari situasi itu dengan kemenangan?
Anda dan saya tidak dapat memahami pekerjaan dari segala takdir Allah dengan pemikiran kita yang terhad. Biarlah Allah menangani pekerjaanNya sendiri. Berdoalah...
Tuhan memberkati Anda!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan