Renungan Petang
Rabu 19 September 2018
Rabu 19 September 2018
Menolak Undangan Kerana Pekerjaan
"Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku." Matius 10:38
Perhatikan ini: "Aku telah membeli lima pasang lembu kebiri dan aku harus pergi mencobanya;" (Lukas 14:19). Ini berkaitan dengan pekerjaan, kerier atau perniagaan. Seringkali kerana kesibukan kita dalam bekerja, berkerier dan berniaga kita tidak mempunyai masa untuk berdoa dan merenungkan firman Tuhan, jam-jam kebaktian terabai atau kita abaikan.
Kadang-kadang kita juga menolak melayani Tuhan dengan alasan sibuk dan tidak ada waktu terluang sedikit pun. Kita lebih mementingkan pekerjaan daripada bersama dengan Tuhan. Pekerjaan, karier atau berniaga adalah salah satu cara Tuhan memberkati hidup kita. Tetapi apabila kita anggap pekerjaan itu lebih penting daripada beribadah kepada Tuhan, maka itu akan menjadi berhala bagi kita. Itu akan membuat seseorang itu semakin jauh dari panggilan Tuhan.
Walhal, "Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya; Sia-sialah kamu bangun pagi-pagi dan duduk-duduk sampai jauh malam, dan makan roti yang diperoleh dengan susah payah-sebab Ia memberikannya kepada yang dicintai-Nya pada waktu tidur." (Mazmur 127:1-2). Ketaatan kita kepada Tuhan harus menjadi keutamaan dalam kehidupan ini.
"Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu." (Matius 6:33). Kiranya Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan