Rabu, 31 Oktober 2018

Renungan Harian Rabu, 31 Oktober 2018



Renungan Harian
Rabu, 31 Oktober 2018

Janji Harus Ditepati

"Janji-Mu sangat teruji, dan hamba-Mu mencintainya." Mazmur 119:140

Sudah menjadi kebiasaan orang seringkali mengecewakan sesama manusia, salah satunya adalah berkenaan dengan janji. Berapa ramai di antara kita yang kecewa oleh kerana janji yang tidak ditepati atau tidak berlaku jujur. Contohnya soal hutang atau pinjaman, begitu mudahnya seseorang berhutang tetapi tidak untuk membayarnya? Janji tinggal janji dan berakhir dengan kebohongan? Itulah sikap segelintiran manusia.

Tetapi kita harys bersyukur kerana kita mempunyai Tuhan yang tidak pernah ingkar terhadap apa-apa pun yang dijanjikanNya. "Allah bukanlah manusia, sehingga Dia berdusta bukan anak manusia, sehingga Dia menyesal. Masakan Dia berfirman dan tidak melakukannya, atau berbicara dan tidak menepatinya?" (Bilangan 23:19).

Janji Tuhan untuk memberikan Tanah Perjanjian (Kanaan) kepada bangsa Israel sebagaimana Dia sampaikan kepada Abraham, "Aku akan memberikan negeri ini kepada keturunanmu." (Kejadian 12:7). Walaupun keturunan Abraham berlaku tidak setia, namun Dia tetaplah Tuhan yang setia pada janjiNya; pada saat yang tepat dan digenapiNya.

Bila kita baca dalam Bilangan pasal 34, sempadan Tanah Perjanjian itu disampaikan oleh Tuhan sendiri kepada Musa, "Perintahkanlah kepada orang Israel dan katakanlah kepada mereka : Apabila kamu masuk ke negeri Kanaan, maka inilah negeri yang akan jatuh kepadamu sebagai milik pusaka, yakni tanah Kanaan menurut batas-batasnya." (Bilangan 34:2).

Apabila kita dalam kesusahan dan penderitaan, jangan menjadi lemah dan tawar hati. Sebaliknya, tetaplah berfokus kepada janji Tuhan kerana Dia Tuhan yang tidak pernah berubah, dahulu, sekarang dan sampai selama-lamanya. Dia adalah Tuhan yang setia, Dia setia kepada firmanNya dan setia kepada janjiNya. Tuhan hanya menghendaki kita supaya tetap taat, tekun dan setia melakukan semua perintahNya.

Mari kita hidup dalam ketaatan, dan ketika tibanya Tuhan akan melakukan bahagianNya, iaitu menepati janjiNya ke atas kita. Tuhan memberkati!

Selasa, 30 Oktober 2018

Renungan  Petang Selasa, 30 Oktober 2018



Renungan  Petang
Selasa, 30 Oktober 2018

Keinginan Melahirkan Dosa

"Tetapi tiap-tiap orang dicobai oleh keinginannya sendiri, karena ia diseret dan dipikat olehnya. Dan apabila keinginan itu telah dibuahi, ia melahirkan dosa; dan apabila dosa itu sudah matang, ia melahirkan maut."  Yakobus 1:14-15

Tidak ada orang yang jatuh mendadak ke dalam dosa tanpa melalui proses atau peringkat. Dosa masuk ke dalam hidup seseorang tanpa disedari atau disengajakan. Ketika memakan buah larangan, Adam dan Hawa membuat alasan dan menyalahkan orang lain ketika ditanya Tuhan.

"Manusia itu menjawab: 'Perempuan yang Kautempatkan di sisiku, dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku, maka kumakan.' Kemudian berfirmanlah TUHAN Allah kepada perempuan itu: 'Apakah yang telah kauperbuat ini?' Jawab perempuan itu: 'Ular itu yang memperdayakan aku, maka kumakan.'" (Kejadian 3:12-13).

Penyebab dari dosa adalah keinginan-keinginan manusia sendiri, sedangkan Iblis adalah batu api dan suka menpengaruhi manusia. Iblis selalu mencari titik kelemahan seseorang dengan menggunakan keadaan, orang lain, wang atau harta benda untuk mempengaruhi. Ketika godaan dan pengaruh datang, keputusan dan pilihan ada pada diri kita sendiri, apakah kita akan menerima hal-hal yang ditawarkan oleh Iblis tersebut, atau kita bersikap tegas untuk menolaknya.

Kalau kita menerima dan terus memikir-mikirkan apa yang ditawarkan oleh Iblis, maka keinginan-keinginan kita akan menjadi semakin kuat. Akhirnya kita terpengaruh dan terseret untuk memikirkan keinginan-keinginan tersebut dan menghasilkan buah-buah dosa.

Yakobus mengatakan bahawa dosa yang dilakukan secara berulang-ulang akan mengakibatkan maut atau kematian. Juga sukacita menjadi mati, harapan menjadi mati, pintu berkat akan tertutup dan sebagainya. Jalan keluarnya? Kita harus mengatasi godaan sejak dari mula, ketika imajinasi yang salah itu muncul.

"Karena itu matikanlah dalam dirimu segala sesuatu yang duniawi, yaitu percabulan, kenajisan, hawa nafsu, nafsu jahat dan juga keserakahan, yang sama dengan penyembahan berhala, semuanya itu mendatangkan murka Allah (atas orang-orang durhaka)." (Kolose 3:5-6).

Berjaga-jaga dan berdoa adalah langkah permulaan agar terhindar dari pencubaan, jerat si iblis. Kiranya Tuhan memberkati!

Isnin, 29 Oktober 2018

Renungan Petang Isnin, 29 Oktober 2018



Renungan Petang
Isnin, 29 Oktober 2018

Firman Benih Kehidupan

"Karena kamu telah dilahirkan kembali bukan dari benih yang fana, tetapi dari benih yang tidak fana, oleh firman Allah, yang hidup dan yang kekal." 1 Petrus 1:23

Tahukah anda bahawa di dalam benih yang kecil dan kelihatan kotor itu terdapat sumber kehidupan.  Bermula dari benih yang kelihatannya tak seberapa akan tumbuh akar, batang, cabang, daun, bunga dan buah. Dari buah yang dihasilkan, terjadi tuaian. Supaya boleh bertumbuh dan menghasilkan buah atau tuaian, benih harus terlebih dahulu ditanam di dalam tanah.

Firman Tuhan adalah benih itu. Kekuatan yang terdapat di dalam benih firman Tuhan itu jauh lebih dahsyat dari benih yang kita lihat. Segala sesuatu yang Tuhan lakukan bagi kita bermula dari benih firman Tuhan yang ditanam di dalam hati kita. Pemazmur menulis: "disampaikan-Nya firman-Nya dan disembuhkan-Nya mereka, diluputkan-Nya mereka dari liang kubur." (Mazmur 107:20), dan "Ia berfirman, maka dibangkitkan-Nya angin badai yang meninggikan gelombang-gelombangnya." (Mazmur 107:25).

Ada kuasa di sebalik benih firman Tuhan yang ditaburkan. Persoalaannya adalah apakah tanah hati kita sudah bersedia untuk menerima benih firman Tuhan tersebut? Ramai orang mempunyai kerinduan yang besar untuk dipulihkan hidupnya tetapi mereka tidak memiliki respon hati yang benar terhadap firman Tuhan. Seringkali mereka hanya mendengar firman Tuhan sambil lewa, ibarat tanah yang keras dan penuh dengan semak duri, sehingga benih firman yang ditanam pun tidak kelihatan.

Penulis Amsal menasihatkan, "Hai anakku, perhatikanlah perkataanku, arahkanlah telingamu kepada ucapanku; janganlah semuanya itu menjauh dari matamu, simpanlah itu di lubuk hatimu. Karena itulah yang menjadi kehidupan bagi mereka yang mendapatkannya dan kesembuhan bagi seluruh tubuh mereka." (Amsal 4:20-22).

Kita harus memerhatikan, mengarahkan telinga dan mata yang tertuju kepada firman Tuhan. "Setiap pagi Ia mempertajam pendengaranku untuk mendengar seperti seorang murid." (Yesaya 50:4b), kerana iman timbul dari pendengaran akan firman-Nya. Benih firman Tuhan yang ditanam dalam tanah hati yang subur akan menghasilkan mukjizat, membawa pemulihan, kemenangan dan kesembuhan.

Kiranya Tuhan memberkati!

Sabtu, 27 Oktober 2018

Renungan Petang Ahad, 28 Oktober 2018




Renungan Petang
Ahad, 28 Oktober 2018

Bertumbuh Dengan Sihat

"Tetapi engkau, beritakanlah apa yang sesuai dengan ajaran yang sehat:" Titus 2:1

Supaya kita bertumbuh dengan sihat dan berkembang dengan baik, tubuh jasmani kita memerlukan makanan yang sihat. Definisi makanan sihat adalah makanan yang memiliki kandungan gizi yang seimbang, atau mengandung serat dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Menu makanan sihat seharusnya kaya akan unsur zat gizi seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan sedikit lemak tak tepu.

Demikian juga manusia secara rohani, kita memerlukan makanan 'rohani' yang menyihatkan. Ada tertulis: "Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah." (Matius 4:4). Makanan rohani itu berbentuk firman Tuhan, keintiman (hubungan peribadi dengan Tuhan), melalui kebaktian dan juga ajaran yang sihat.  Jika hal-hal tersebut tidak dipenuhi secara seimbang, maka manusia 'rohani'  kita tidak dapat bertumbuh dengan baik dan sihat.

Sekalipun kita menjadi orang percaya selama bertahun-tahun, jika kita tidak menerima dan mengaplikasi firmanNya, maka kerohanian kita akan terbantut atau rohani kerdil. Ketika hanya mengalami masalah atau kesusahan yang kecil, iman mudah sekali goyah dan langsung berputus asa lalu menyalahkan Tuhan. Tuhan tidak berjanji bahawa hidup ini begitu indah tanpa sebarang masalah tetapi Dia menjanjikan pertolongan, kelepasan dan jalan keluar untuk setiap masalah yang kita alami. Pemazmur menulis : "Kemalangan orang benar banyak, tetapi TUHAN melepaskan dia dari semuanya itu;" (Mazmur 34:20).

Memakan ajaran dan keyakinan yang kurang sihat menyebabkan anda sakit. Apabila anda sakit, bermakna fokus kehidupan kita untuk Tuhan akan terggangu. Kita harus keluar dari tabiat pemakanan yang kurang sempurna dan taat mengikut kehendak Tuhan. Firman atau doktrin diluar kehendakNya menjadi penghalang utama kehidupan kita menuju kedewasaan iman.

Pelajarilah Firman dan aplikasikan di dalam kehidupan sebagai makanan rohani yang menyihatkan setiap masa. Kiranya Tuhan memberkati!

Renungan Petang Sabat, 27 Oktober 2018



Renungan Petang
Sabat, 27 Oktober 2018

Mahkota Kebenaran

"Sekarang telah tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan kepadaku oleh Tuhan, Hakim yang adil, pada hari-Nya; tetapi bukan hanya kepadaku, melainkan juga kepada semua orang yang merindukan kedatangan-Nya." 2 Timotius 4:8

Rasul Paulus menggambarkan perjalanan hidup orang percaya sebagai sebuah pertandingan, ibarat seorang pelari yang sedang berjuang dalam suatu kejuaraan olahraga untuk memenangi sebuah piala. Perjalanan hidup Paulus sendiri, sebagai hamba Tuhan, merupakan sebuah pertandingan yang sangat mencabar.

Di sepanjang perjalanan hidup Paulus sebagai pemberita Injil, Dia terpaksa menghadapi berbagai-bagai ujian dan cabaran yang begitu besar :  kesukaran, penderitaan, aniaya, bahaya dan ancaman sudah menjadi warna-warni dalam kehidupannya. Namun Paulus mampu menyelesaikan pertandingan sampai ke garis akhir (ayat 7).

Rasul Paulus mengingatkan bahawa penat lelah dalam melayani Tuhan itu tidak pernah menjadi sia-sia, Tuhan selalu melihatnya. "Karena itu, saudara-saudaraku yang kekasih, berdirilah teguh, jangan goyah, dan giatlah selalu dalam pekerjaan Tuhan!" (1 Korintus 15:58), dan "Beritakanlah firman, siap sedialah baik atau tidak baik waktunya, nyatakanlah apa yang salah, tegorlah dan nasihatilah dengan segala kesabaran dan pengajaran." (2 Timotius 4:2).

Ada ramai orang percaya tidak lagi berjuang dalam pertandingan imannya kerana merasa tidak kuat lagi menghadapi ujian dan cabaran. Mereka berputus asa dan berhenti di pertengahan jalan. Mereka tidak lagi peduli dengan perkara-perkara rohani. Yang menjadi fokus kehidupannya adalah perkara-perkara duniawi yang sifatnya hanya sementara. Mereka lupa bahawa ada upah besar disediakan Tuhan bagi orang yang setia sampai akhir garisan penamat.

Garis akhir pertandingan iman adalah akhir hidup kita, jadi teruslah berjuang. Bagi setiap orang yang mampu menyelesaikan pertandingan sampai garis terakhir, Tuhan akan menganugerahkan mahkota kebenaran kepadanya. Kiranya Tuhan memberkati!

Jumaat, 26 Oktober 2018

Renungan Petang Jumaat, 26 Oktober 2018




Renungan Petang
Jumaat, 26 Oktober 2018

Serahkanlah Hidupmu Hanya KepadaNya

"Serahkanlah kuatirmu kepada TUHAN, maka Ia akan memelihara engkau! Tidak untuk selama-lamanya dibiarkan-Nya orang benar itu goyah."  Mazmur 55:23

Setiap hari manusia tak dapat menghindari atau lari dari masalah, penderitaan dan kesusahan. Ini adalah sebahagian dari kehidupan manusia. Musa berkata, "Masa hidup kami tujuh puluh tahun dan jika kami kuat, delapan puluh tahun, dan kebanggaannya adalah kesukaran dan penderitaan; sebab berlalunya buru-buru, dan kami melayang lenyap." (Mazmur 90:10).

Hal-hal terjadi secara tiba-tiba, tak disangka, tak diduga, peristiwa atau kejadian yang tak pernah diharapkan boleh terjadi seperti bencana, kecederaan, musibah dan bahkan kematian pada bila-bila masa. Inilah realiti hidup manusia yang tak dapat disanggah.

Sebagai manusia biasa seharusnya kita menyedari betapa terhadnya kekuatan dan kemampuan kita.  Seharusnya juga kita bersikap rendah hati di hadapan Tuhan. Orang-orang yang rendah hati selalu merasa miskin di hadapan Tuhan kerana kekuatannya terhad. Ada tertulis: "Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga." (Matius 5:3).

Jika menyedari betapa terhadnya kekuatan kita seharusnya kita merasa sangat memerlukan Tuhan dan berserah sepenuhnya kepada-Nya. Orang yang berserah kepada Tuhan pasti berusaha agar hidupnya selaras dengan kehendak-Nya. Jadi, hidup berserah kepada Tuhan itu tidak dapat dipisahkan dari kehidupan yang sesuai dengan kehendak-Nya.

Ada ramai orang yang hidup dalam ketidaktaatan, hidup menurut kehendak sendiri dan tidak mahu merendahkan diri di hadapan Tuhan tetapi mereka mahu Tuhan untuk menjawab doa-doanya dan memenuhi segala yang diperlukan. Bukankah ini suatu sikap yang tidak baik dan kelihatan seperti mempermain-mainkan Tuhan?

Jika ada di antara kita yang berlaku demikian, hal terbaik yang harus kita lakukan adalah segeralah bertaubat sebelum Tuhan bertindak: "Aku akan menentukan kamu bagi pedang, dan kamu sekalian akan menekuk lutut untuk dibantai! Oleh karena ketika Aku memanggil, kamu tidak menjawab, ketika Aku berbicara, kamu tidak mendengar, tetapi kamu melakukan apa yang jahat di mata-Ku dan lebih menyukai apa yang tidak berkenan kepada-Ku." (Yesaya 65:12).

Percaya dan melakukan kehendak Tuhan adalah bukti orang mempunyai penyerahan diri kepada-Nya. Kiranya Tuhan memberkati!

Rabu, 24 Oktober 2018

Renungan Petang Khamis, 25 Oktober 2018




Renungan Petang
Khamis, 25 Oktober 2018

Menduduki Peperiksaan

"Sebab kamu tahu, bahwa ujian terhadap imanmu itu menghasilkan ketekunan." Yakobus 1:3.

Mungkin ada sesetengah orang tidak berapa suka mendengar perkataan ujian, masalah atau musibah. Umumnya kita lebih suka mendengar kata-kata tentang berkat, mukjizat, kemenangan dan perkara-perkara ajaib kerana hal-hal itulah yang sedang dicari dan diinginkan oleh manusia.

Namun kita lupa bahawa setiap berkat, mukjizat, kemenangan, kesembuhan dan perkara-perkara besar selalu didahului atau diawali dengan ujian, masalah dan juga cabaran yang tidak mudah. Namun apapun di sebalik hal-hal yang tidak menyenangkan inilah terdapat  berkat, mukjizat dan kemenangan besar.

Perkataan 'ujian' memiliki maksud sesuatu yang digunakan untuk menguji kualiti diri, contohnya, kepintaran, kemampuan, pengetahuan dari seseorang dan sebagainya. Oleh itu, di dalam dunia pendidikan ada yang namanya peperiksaan iaitu, ujian untuk menentukan kenaikan tingkat atau kelulusan seseorang pelajar.

Bagi seorang pelajar atau siswa, ujian adalah sesuatu yang tidak menyenangkan dan membuatkan kita berasa berdebar-debar tetapi sangat diperlukan, sebab di sebalik ujian pasti ada hasilnya. Entah kita lulus atau bagaimana?

Dan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, yang sesuai dengan harapan, cita-cita dan keinginan, setiap pelajar pasti akan mempersiapkan diri sedemikian rupa. Ada yang rajin mengikuti kelas tambahan, ulangkaji berkala, mengikuti bimbingan belajar atau memanggil guru pakar motivasi dan sebagainya.

Orang yang mampu menghadapi ujian dengan baik pasti mendapat hasil yang baik pula. Sebaliknya, bagi mereka yang tidak mempersiapkan diri dengan baik dari awal, yang hanya bertungkus lumus belajar dan ulangkaji di saat menjelang ujian, yang mungkin akan mendapatkan keputusan yang pasti tidak menyenangkan, mengecewakan dan mungkin akan gagal.

Jadi sebelum menghadapi ujian perlu sekali kita menguji diri sendiri terlebih dahulu, maksudnya mengukur atau menilai sejauh mana persediaan kita dalam menghadapi ujian di akhir zaman ini. Mungkin secara mental atau fizikal kita sudah bersedia  tetapi ketika kita diuji ternyata banyak benda yang belum kita ketahui.

Atau sebaliknya kita sudah tahu sesuatu perkara itu akan terjadi tetapi ketika ujian muncul, ternyata kita secara mental dan rohani belum bersedia, mungkin merasa  panik, was-was, bimbang dan takut. "Ujilah segala sesuatu dan peganglah yang baik." 1 Tesalonika 5:21.

Tuhan memberkati.

Renungan Petang Rabu, 24 Oktober 2018



Renungan Petang
Rabu, 24 Oktober 2018

Menanti Dan Berpegang Pada JalanNya

"Nantikanlah TUHAN dan tetap ikutilah jalan-Nya, maka Ia akan mengangkat engkau untuk mewarisi negeri, dan engkau akan melihat orang-orang fasik dilenyapkan." Mazmur 37:34

Ketidaksabaran menantikan respon Tuhan seringkali menghalang kita untuk melihat kebaikan Tuhan dan pekerjaan-Nya yang dahsyat dinyatakan. Kerana tidak sabar menunggu Tuhan, kita seringkali berputus asa dan kemudian berpaling untuk mencari pertolongan kepada benda yang lain. Sikap hati kita berubah dan hal itu akan memberi impak pula kepada sikap dan ucapan kita. Yang keluar dari mulut kita keluhan, kritikan negetif, umpatan, kata-kata kesat dan ungkapan-ungkapan kekecewaan yang lain.

Daud mengingatkan bahawa kepada kita, seberat apa pun situasi yang kita alami jangan sekali-kali berubah sikap, tetaplah menaruh pengharapan kepada Tuhan, sebab semua orang yang menantikan Tuhan dan berharap kepada-Nya takkan mendapat malu;  yang mendapat malu ialah mereka yang berbuat khianat dengan tidak ada alasannya (Mazmur 25:3). Jadi menantikan Tuhan dan mengikuti jalan-Nya adalah dua hal yang tak dapat dipisahkan. Tak mungkin seseorang dikatakan sedang menanti-nantikan Tuhan walhal di sudut lain dia tidak mahu mengikuti jalan-jalan Tuhan, atau hidup menyimpang dari jalan Tuhan.

Di dalam menantikan Tuhan pasti terdapat nilai-nilai moral; ketekunan, kesabaran dan kesungguhan untuk melakukan kehendak Tuhan. Sekalipun keadaan belum kelihatan tanda-tanda atau perubahan, sekalipun orang-orang di sekitar menghina dan merendah-rendahkan kita dan berkata bahawa itu sia-sia, jangan pernah goyah, sebab Tuhan pasti bertindak tepat pada waktu-Nya.

Kunci untuk mengalami pertolongan Tuhan dan menikmati berkat-berkat-Nya adalah tekun menantikan Dia dan mengikuti jalan-Nya. Tuhan memberkati!


Isnin, 22 Oktober 2018

Renungan Petang Selasa, 23 Oktober 2018



Renungan Petang
Selasa, 23 Oktober 2018

Anda Dipilih Melaksanakan TugasNya

"Dan apakah lagi yang harus aku sebut? Sebab aku akan kekurangan waktu, apabila aku hendak menceriterakan tentang Gideon, Barak, Simson, Yefta, Daud dan Samuel dan para nabi, yang karena iman telah menaklukkan kerajaan-kerajaan," Ibrani 11:32-33

Yefta adalah salah satu dari saksi-saksi iman yang tertulis di dalan Alkitab. Maksudnya dia memiliki iman yang setaraf dengan Gideon, Barak, Simson, Daud, Samuel dan para nabi lainnya (Ibrani 11:32-33). Dia dipilih Tuhan sebagai hakim atas Israel selama 6 tahun dan bahkan Alkitab mencatat "...Yefta, orang Gilead itu, adalah seorang pahlawan yang gagah perkasa," (Hakim-Hakim 11:1). Apakah ada 'sesuatu' di dalam diri Yefta sehingga dia dipilih dan dipakai Tuhan untuk menjadi alat kemuliaan-Nya.

Sebenarnya Yefta memiliki latar belakang yang buruk kerana dia dilahirkan dari "...seorang perempuan sundal;" (Hakim-Hakim 11:1), sehingga kebanyakan orang menyebutnya sebagai 'sampah' masyarakat.  Sedangkan ayahnya adalah Gilead, termasuk keturunan dari suku yang tak diperhitungkan. Gilead mempunyai isteri yang sah, tetapi dia mempunyai hubungan sulit dengan perempuan sundal, dan lahirlah Yefta.

Ketika masih kecil semua anak dari isterinya yang sah mahupun tidak tinggal bersama-sama. Namun setelah dia dewasa, Yefta diusir. Dia pun lari ke tanah Tob, "...di sana berkumpullah kepadanya petualang-petualang yang pergi merampok bersama-sama dengan dia." (Hakim-Hakim 11:3).  Dengan kata lain Yefta tinggal dan hidup di 'lembah hitam'. Namun Tuhan memiliki kedaulatan penuh untuk menentukan hidup seseorang.

"Aku akan memberi kasih karunia kepada siapa yang Kuberi kasih karunia dan mengasihani siapa yang Kukasihani." (Keluaran 33:19). Oleh kerana kasih karunia, Yefta pun dipilih Tuhan untuk menjadi alat-Nya, maka "...Roh TUHAN menghinggapi Yefta..." (Hakim-Hakim 11:29).

Apa pun latar belakang hidup, kita tak perlu merasa sedih dan rendah diri. Orang boleh sahaja merendah-rendahkan kita tetapi percayalah bahawa kita ini berharga di mata Tuhan. "Tetapi apa yang bodoh bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan orang-orang yang berhikmat, dan apa yang lemah bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan apa yang kuat, dan apa yang tidak terpandang dan yang hina bagi dunia, dipilih Allah, bahkan apa yang tidak berarti, dipilih Allah untuk meniadakan apa yang berarti," (1 Korintus 1:27-28).

Tak ada yang terlalu sukar bagi Tuhan untuk memilih dan memakai hidup seseorang. Kiranya Tuhan memberkati!

Renungan Petang Isnin, 22 Oktober 2018


Renungan Petang
Isnin, 22 Oktober 2018

Semua Diberikan Kesempatan Jika Anda Mahu

"Sama seperti Engkau telah memberikan kepada-Nya kuasa atas segala yang hidup, demikian pula Ia akan memberikan hidup yang kekal kepada semua yang telah Engkau berikan kepada-Nya." Yohanes 17:2

Sehingga ke hari ini ada ramai orang percaya meninggalkan imannya kepada Kristus dan memilih untuk mengikuti jalan sendiri. Mengapa ini boleh terjadi? Apakah mereka menganggap bahawa mengikut Kristus itu cabarannya begitu besar? Dijauhi oleh masyarakat, dijauhi dan ditinggalkan kawan, kerjaya terhalang, dan masih banyak lagi? Sementara mereka menyaksikan orang-orang di luar Tuhan sepertinya hidup nyaman dan seakan-akan tak menemui sebarang masalah.

Firman Tuhan telah memberi peringatan: "...janganlah kamu melepaskan kepercayaanmu, karena besar upah yang menantinya. Sebab kamu memerlukan ketekunan, supaya sesudah kamu melakukan kehendak Allah, kamu memperoleh apa yang dijanjikan itu." (Ibrani 10:35-36). Yesus juga sudah menegaskan bahawa setiap orang yang rela mengikut Dia akan mendapatkan upah seratus kali lipat dan hidup yang kekal (Matius 19:29). Tidak ada perkataan sia-sia untuk setiap ketekunan, kesetiaan dan penat lelah ketika kita hidup dalam Yesus kerana Dia boleh melihat semuanya.

"Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus." (Yohanes 17:3). Hidup yang kekal atau tinggal bersama dengan Kristus di Syurga adalah sebuah kepastian bagi mereka yang terus bertekun di dalam Tuhan, melayani Dia dengan sungguh dan setia mengikut Dia sampai akhir.

"Di rumah Bapa-Ku banyak tempat tinggal. Jika tidak demikian, tentu Aku mengatakannya kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, supaya di tempat di mana Aku berada, kamupun berada."  (Yohanes 14:2-3).

Hidup di dunia ini adalah sementara sahaja. Oleh itu, jangan pernah menyerah kalah kepada keadaan, apatah lagi sampai berputus asa, jika kita terus berhadapan dengan bermacam-macam masalah hidup yang berat. Bertahanlah. Penderitaan yang kita alami di dunia ini tidak sebanding dengan kemuliaan yang Tuhan sediakan kelak! (Roma 8:18). Tuhan memberkati!

Sabtu, 20 Oktober 2018

Renungan Petang Ahad, 21 Oktober 2018




Renungan Petang
Ahad, 21 Oktober 2018

Berfikir Secara Positif

"Jadi, karena Kristus telah menderita penderitaan badani, kamupun harus juga mempersenjatai dirimu dengan pikiran yang demikian, --karena barangsiapa telah menderita penderitaan badani, ia telah berhenti berbuat dosa--," 1 Petrus 4:1

Ketika mengalami pelbagai masalah atau penderitaan hidup, hal pertama yang biasanya kita lakukan adalah berfikir dan bercakap tentang hal-hal yang negatif. Mengeluh, tidak bersemangat, tak berpuas hati dan mengasihani diri sendiri. "Apakah dosa dan salahku? Mengapa kehidupanku penuh dengan masalah? Mengapa Tuhan membiarkan aku seperti ini?"

Alkitab mengajar kita untuk berfikir secara matang atau positif terlebih dahulu. Ubahlah cara anda berfikir. Penting untuk difikirkan, selama kaki kita berpijak di atas bumi ini kita takkan pernah terlepas dari masalah atau kesukaran. Bersedialah untuk menghadapinya. Maka milikilah sikap hati yang benar dalam menghadapi permasalahan, sebab Tuhan selalu turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan. (Roma 8:28).

Ada kalanya Tuhan izinkan masalah atau penderitaan sebagai cara untuk membawa kita semakin dekat kepada-Nya, tidak lagi berpaut pada kekuatan sendiri, dan semakin menjauhkan kita dari pelanggaran terhadap firman-Nya. Daud berkata, "Sebelum aku tertindas, aku menyimpang, tetapi sekarang aku berpegang pada janji-Mu. Bahwa aku tertindas itu baik bagiku, supaya aku belajar ketetapan-ketetapan-Mu." (Mazmur 119:67, 71).

Orang percaya dituntut untuk menjadi dewasa dalam berfikir mahupun bertindak. Orang yang dewasa rohani pasti sanggup menghadapi masalah atau kesukaran hidup dengan pemikiran yang dewasa, di mana dia mampu membezakan mana yang baik dan berkenan kepada Tuhan. Tidak lagi suka mengeluh, tidak lagi suka marah-marah, tidak lagi suka menyalahkan orang lain atau keadaan, tidak mudah berputus asa atau mengasihani diri sendiri.

Rasul Paulus berkata: "Ketika aku kanak-kanak, aku berkata-kata seperti kanak-kanak, aku merasa seperti kanak-kanak, aku berpikir seperti kanak-kanak. Sekarang sesudah aku menjadi dewasa, aku meninggalkan sifat kanak-kanak itu." (1 Korintus 13:11). Masalah atau penderitaan adalah proses yang memimpin kita kepada kedewasaan rohani.

Tuhan memberkati!

Renungan Petang Sabat, 20 Oktober 2018





Renungan Petang
Sabat, 20 Oktober 2018

Tanggungjawab Orang Percaya

"...Seorang kepala keluarga yang baik, disegani dan dihormati oleh anak-anaknya. Jikalau seorang tidak tahu mengepalai keluarganya sendiri, bagaimanakah ia dapat mengurus Jemaat Allah?" (1 Timotius 3:4-5).

Bukan semua orang percaya mempunyai jawatan penting di dalam gereja, namun setiap kita dipanggil untuk melayani Tuhan walaupun di mana juga kita berada dan apa pun keadaan kita. Inilah panggilan Tuhan bagi orang percaya. Melayani Tuhan itu bukan semata-mata bagi mereka yang mempunyai jawatan di gereja sahaja. Melayani Tuhan adalah tanggungjawab bersama seperti anggota tubuh badan yang saling memerlukan dan menguatkan.

Tak ada maknanya kita sibuk melakukan kegiatan-kegiatan rohani di gereja namun kehidupannya tidak mencerminkan orang yang percaya kepada Tuhan. Inti kehidupan orang percaya adalah bagaimana kita boleh menjadi kesaksian di mata umum. Oleh itu, orang yang melayani Tuhan haruslah memiliki standard kehidupan yang berbeza iaitu, hidup berkenan kepada Tuhan: "...haruslah seorang yang tak bercacat, suami dari satu isteri, dapat menahan diri, bijaksana, sopan, suka memberi tumpangan, cakap mengajar orang, bukan peminum, bukan pemarah melainkan peramah, pendamai, bukan hamba uang," (1 Timotius 3:2-3).

Tak kurang pentingnya kehidupan orang yang melayani Tuhan harus terpancar terlebih dahulu di dalam kehidupan keluarga sebagai komuniti kecil untuk mempraktikkan kasih dan nilai-nilai kebenaran. "...seorang kepala keluarga yang baik, disegani dan dihormati oleh anak-anaknya. Jikalau seorang tidak tahu mengepalai keluarganya sendiri, bagaimanakah ia dapat mengurus Jemaat Allah?" (1 Timotius 3:4-5).


Selain harus menpunyai kehidupan yang berkenan kepada Tuhan, kita juga harus bersedia menghadapi cabaran. Siapakah kita ketika hidup tanpa Tuhan Yesus? Kiranya Tuhan memberkati!

Jumaat, 19 Oktober 2018

Renungan Petang Jumaat, 19 Oktober 2018



Renungan Petang
Jumaat, 19 Oktober 2018

Tak Berbuah Akan Ditebang?

"Sebab itu, saudara-saudaraku, kamu juga telah mati bagi hukum Taurat oleh tubuh Kristus, supaya kamu menjadi milik orang lain, yaitu milik Dia, yang telah dibangkitkan dari antara orang mati, agar kita berbuah bagi Allah." Roma 7:4

Buah merupakan hasil dari sebuah pokok yang sihat atau subur. Setiap pokok yang subur dan sihat pasti akan menghasilkan buah pada musimnya. Sebaliknya pokok yang tidak sihat tentunya sukar sekali untuk berbuah. Demikian pula orang percaya yang 'sihat'  rohaninya pasti menghasilkan buah-buah sesuai dengan pertaubatannya. 

Buah-buah yang dimaksudkan adalah buah-buah Roh iaitu, "...kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu."  (Galatia 5:22-23). Sedangkan di dalam diri orang percaya yang 'sakit' rohaninya mustahil ada buah-buah Roh. Pokok yang tidak sihat akan kering dan ditebang lalu dibakar. Bagaimana jika kita ibarat pokok yang bermasalah itu?

Kita ini diibaratkan sebuah ranting dan Tuhan Yesus adalah pokok anggurnya. Tuhan berkata, "Setiap ranting pada-Ku yang tidak berbuah, dipotong-Nya dan setiap ranting yang berbuah, dibersihkan-Nya, supaya ia lebih banyak berbuah." (Yohanes 15:2).  Dikatakan bahawa ranting yang tidak berbuah akan dipotongNya dan kemudian dicampakkan ke dalam api dan dibakar. Itulah akhir dari pokok yang tidak menghasilkan buah. 

Demikian pula perumpamaan tentang pohon ara yang tidak berbuah: sudah tiga tahun lamanya si pemilik kebun tidak menemukan buah pada pohon aranya sehingga dia pun memerintahkan pengurus kebunnya untuk menebang pohon itu dengan berkata, "Untuk apa ia hidup di tanah ini dengan percuma!" (baca  Lukas 13:6-9).

Kadangkala kita merasa bahawa janji Tuhan itu sangat jauh dari kehidupan kita. Dan kita pun berfikir bahawa Tuhan itu ingkar akan janji-janjiNya. Tidak sama sekali. Tak satu pun janji Tuhan yang tidak ditepatiNya. Pada saat yang tepat pasti digenapiNya. Masa Tuhan bukan masa kita. Siapakah kita mengatur masa untuk Dia?


Sebelum Tuhan menggenapi janjiNya Dia terlebih dahulu memproses dan membentuk kita supaya kita benar-benar menjadi orang percaya yang semakin hari semakin dewasa di dalam Dia, sehingga kehidupan kita pun menjadi kesaksian yang memuliakan namaNya. Tuhan memberkati!

Khamis, 18 Oktober 2018

Renungan Petang Khamis, 18 Oktober 2018



Renungan Petang
Khamis, 18 Oktober 2018

Berubah Dan Berbuah

"Pada masa tua pun mereka masih berbuah, menjadi gemuk dan segar, untuk memberitakan, bahwa TUHAN itu benar, bahwa Ia gunung batuku dan tidak ada kecurangan pada-Nya." Mazmur 92:15

Tuhan memanggil dan menyelamatkan kita dengan tujuan supaya kita memiliki kehidupan yang berbeza dari orang-orang dunia. Dengan demikian kebenaran kita itu memberi impak dan menjadi kesaksian bagi kemuliaan namaNya.

Kita dapat dikatakan 'berbeza' apabila ada perubahan hidup yang benar-benar kelihatan dan dapat dilihat oleh orang lain dengan ditandai buah-buah Roh. "Jadi hasilkanlah buah yang sesuai dengan pertobatan." (Matius 3:8). Berubah dan berbuah merupakan kehendak Tuhan bagi setiap orang percaya. 

Inilah kehendak Tuhan itu: "Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna." (Roma 12:2), dan "Dalam hal inilah Bapa-Ku dipermuliakan, yaitu jika kamu berbuah banyak dan dengan demikian kamu adalah murid-murid-Ku." (Yohanes 15:8).

Mengapa setiap orang percaya harus berubah dan berbuah? Kita boleh dikatakan berubah apabila tingkalakunya juga berubah. "Ketika aku kanak-kanak, aku berkata-kata seperti kanak-kanak, aku merasa seperti kanak-kanak, aku berpikir seperti kanak-kanak. Sekarang sesudah aku menjadi dewasa, aku meninggalkan sifat kanak-kanak itu." (1 Korintus 13:11). 

Berubah bermaksud bergerak menuju ke arah Kristus dengan meninggalkan sifat kanak-kanak dan bertumbuh menjadi dewasa rohani. Bukankah masih ramai orang percaya yang sudah bertahun-tahun mengikut Tuhan, namun mereka tetap saja memiliki kerohanian yang kerdil? 

"Sebab sekalipun kamu, ditinjau dari sudut waktu, sudah seharusnya menjadi pengajar, kamu masih perlu lagi diajarkan asas-asas pokok dari penyataan Allah, dan kamu masih memerlukan susu, bukan makanan keras. Sebab barangsiapa masih memerlukan susu ia tidak memahami ajaran tentang kebenaran, sebab ia adalah anak kecil." (Ibrani 5:12-13).


Jangan terus menjadi bayi atau kanak-kanak rohani. Jadilah orang percaya yang semakin hari semakin dewasa. Perubahan karakter adalah salah satu tandanya. Tuhan memberkati!

Rabu, 17 Oktober 2018

Renungan Petang Rabu, 17 Oktober 2018



Renungan Petang
Rabu, 17 Oktober 2018

Milikilah Kehidupan Yang Sopan

"...sehingga kamu hidup sebagai orang-orang yang sopan di mata orang luar dan tidak bergantung pada mereka." 1 Tesalonika 4:12

Kita pasti senang hati ketika melihat ada orang yang berkelakuan sopan. Dan akan geleng kepala jika melihat ada orang yang tidak mengamalkan sikap sopan santun. Ini termasuklah sopan dalam pertuturan, pemakaian dan tingkalaku. Perkataan sopan bermaksud hormat, tertib menurut adat yang baik, baik budi bahasa dan sebagainya. Sikap inilah yang harus dimiliki oleh setiap orang percaya.

Orang percaya yang berlaku tidak sopan hanya akan menjadi bahan cerita, batu sandungan bagi orang lain dan mempermalukan diri dan nama Tuhan. "Sebab kamu tahu, bahwa kamu telah ditebus dari cara hidupmu yang sia-sia..." (1 Petrus 1:18), supaya kita memiliki kehidupan yang berbeza dengan dunia. Sepatutnya kita merasa malu jika melakukan perbuatan-perbuatan yang tak sopan, malu hidup dengan cara-cara dunia.

Hidup dalam kesopanan bermaksud hidup dalam kekudusan, "...Karena inilah kehendak Allah: pengudusanmu,"  (1 Tesalonika 4:3).  Hidup kudus adalah kehendak Tuhan yang tidak dapat dijual beli. "...hendaklah kamu menjadi kudus di dalam seluruh hidupmu sama seperti Dia yang kudus, yang telah memanggil kamu, sebab ada tertulis: Kuduslah kamu, sebab Aku kudus."  (1 Petrus 1:15-16).

Orang berlaku tidak sopan, kehidupannya dikendalikan oleh nafsu kedagingannya, sedangkan kehidupan orang percaya adalah hidup yang dikendalikan dan dikawal oleh Roh Kudus. Rasul Paulus menasihati, "...hiduplah oleh Roh, maka kamu tidak akan menuruti keinginan daging. Sebab keinginan daging berlawanan dengan keinginan Roh dan keinginan Roh berlawanan dengan keinginan daging--karena keduanya bertentangan--sehingga kamu setiap kali tidak melakukan apa yang kamu kehendaki." (Galatia 5:16-17).


Bagaimana kita boleh menjadi berkat dan terang bagi dunia, jika dalam kehidupan kita setiap hari kita berlaku sangat tidak sopan? Di mana pun kita berada dan pada bila-bila masa kita harus menjaga pertuturan dan perbuatan kita sesuai dengan firman Tuhan. Tuhan memberkati!

Selasa, 16 Oktober 2018

Renungan Petang Selasa, 16 Oktober 2018



Renungan Petang
Selasa, 16 Oktober 2018

Berjaga Dan Berdoalah

"Berjaga-jagalah senantiasa sambil berdoa, supaya kamu beroleh kekuatan untuk luput dari semua yang akan terjadi itu, dan supaya kamu tahan berdiri di hadapan Anak Manusia." Lukas 21:36

Hari-hari ini kita berada di masa-masa yang sukar menjelang kedatangan Tuhan kita Yesus Kristus yang kian mendekat. Cuba perhatikan dengan teliti keadaan dunia sekarang ini. Sudah sangat jelas bahawa semua yang sedang terjadi adalah tanda-tanda akhir zaman, sebagaimana tertulis di dalam Alkitab.

Sebagai orang percaya seharusnya kita semakin peka rohani melihat akan hal ini. Firman Tuhan tiada henti-hentinya mengingatkan dan menasihati agar kita benar-benar memperhatikan bagaimana kita hidup, "...janganlah seperti orang bebal, tetapi seperti orang arif,"  (Efesus 5:15). Jangan lagi kita bertindak melulu atau sesuka hati dan mensia-siakan waktu yang ada. 

Sebaliknya kita harus mempergunakan waktu atau kesempatan yang ada sebaik mungkin, sebab  "Tuhan tidak lalai menepati janji-Nya, sekalipun ada orang yang menganggapnya sebagai kelalaian, tetapi Ia sabar terhadap kamu, karena Ia menghendaki supaya jangan ada yang binasa, melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat." (2 Petrus 3:9). Kita diminta sentiasa berjaga-jaga sambil berdoa. 

'Berjaga-jaga'  merujuk kepada tindakan berhati-hati untuk kita bertindak dan melakukan, berfikir begitu rupa, penuh kesedaran dan pertimbangan sebelum melakukan tindakan atau perbuatan supaya tidak menyimpang dari kebenaran, sebab Tuhan menghendaki kita memiliki gaya hidup yang 'berbeza' dari orang-orang dunia. Dengan kata lain kita tidak melakukan perkara yang sama seperti yang orang dunia lakukan.

Tuhan berfirman, "Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna." (Roma 12:2). Jika orang dunia hidup menurut keinginan daging  (hawa nafsunya), melibatkan diri dalam pesta pora dan kemabukan, maka kehidupan orang percaya tidak boleh demikian. 

Kita harus hidup menurut pimpinan Roh Tuhan, sehingga kehidupan kita sesuai dengan kehendakNya. Dengan berjaga-jaga kita tidak mudah jatuh terjerumus ke dalam berbagai ujian yang ada.
Tuhan memberkati!

Ahad, 14 Oktober 2018

Renungan Petang Isnin, 15 Oktober 2018



Renungan Petang
Isnin, 15 Oktober 2018

Apabila Manusia meninggalkan Tuhan

"Karena engkau bersandar kepada raja Aram dan tidak bersandar kepada TUHAN Allahmu, oleh karena itu terluputlah tentara raja Aram dari tanganmu." 2 Tawarikh 16:7

Alkitab mencatatkan bahawa ketika Asa hidup percaya kepada Tuhan dengan sepenuh hati, dan hidup mengutamakan Dia, Tuhan telah mengaruniakan keamanan dan ketenteraman ke atas kerajaannya, "Tidak ada perang sampai pada tahun ketiga puluh lima pemerintahan Asa." (2 Tawarikh 15:19). Apa yang terjadi kemudian? Setelah kehidupannya dalam kejayaan, raja Asa mula berubah sikap, hatinya tidak lagi kepada Tuhan. Dia mulai bersandar kepada pengertiannya sendiri dan tidak lagi melibatkan Tuhan dalam setiap keputusan.

Ketika sedang mengalami masalah berat iaitu, menghadapi Baesa (raja Israel), Asa tidak lagi mencari pertolongan dari Tuhan seperti dahulu. Dia mulai menggunakan akal fikirannya sendiri. Dia mencari pertolongan kepada dunia dan berharap kepada manusia iaitu, meminta pertolongan kepada raja Aram. Demi beroleh bantuan, dia rela mempersembahkan harta benda yang ada di dalam Bait Tuhan.

"...Asa mengeluarkan emas dan perak dari perbendaharaan rumah TUHAN dan dari perbendaharaan rumah raja dan mengirimnya kepada Benhadad, raja Aram yang diam di Damsyik dengan pesan: 'Ada perjanjian antara aku dan engkau, antara ayahku dan ayahmu. Ini kukirim emas dan perak kepadamu. Marilah, batalkanlah perjanjianmu dengan Baesa, raja Israel, supaya ia undur dari padaku.'" (2 Tawarikh 16:2-3).

Akibat tindakan yang kurang bijak ini, raja Asa terpaksa menanggung akibatnya: "...terluputlah tentara raja Aram dari tanganmu. Karena mata TUHAN menjelajah seluruh bumi untuk melimpahkan kekuatan-Nya kepada mereka yang bersungguh hati terhadap Dia. Dalam hal ini engkau telah berlaku bodoh, oleh sebab itu mulai sekarang ini engkau akan mengalami peperangan." (2 Tawarikh 16:7, 9). Sejak dari itu ketenteraman dan keamanan semakin menjauh dari negeri Yehuda. Dan "Pada tahun ketiga puluh sembilan pemerintahannya Asa menderita sakit pada kakinya yang kemudian menjadi semakin parah." (2 Tawarikh 16:12).

Sesungguhnya hal itu adalah suatu kesempatan bagi Asa untuk bertaubat, namun dalam keadaan yang demikian dia tetap sahaja tidak ingin bertaubat, malahan dia tetap mencari pertolongan dari tabib-tabib dunia dan bukan mencari Tuhan. Ingat! Jangan sekali-kali meletakkan kekuatan sendiri jika tidak ingin menjadi seperti raja Asa. Dahulukan semua perkara dalam Yesus Kristus, Tuhan kita. Haruslah pertaubatan itu ada setiap masa. KepadaNyalah kita berserah.

Tuhan memberkati!

Sabtu, 13 Oktober 2018

Renungan Petang Ahad, 14 Oktober 2018



Renungan Petang
Ahad, 14 Oktober 2018

Mencari Tuhan

"Ia memerintahkan orang Yehuda supaya mereka mencari TUHAN, Allah nenek moyang mereka, dan mematuhi hukum dan perintah." 2 Tawarikh 14:4

Orang Kristian disebut sebagai orang percaya, tetapi apakah semua orang Kristian percaya kepada Tuhan dengan sepenuh hati? Ketika berhadapan dengan masalah, kita cenderung menggunakan kekuatan atau fikiran sendiri daripada mendahulukan Tuhan. Kita memutuskan segala sesuatu menurut pertimbangan dan kehendak sendiri. Kita memiliki banyak rancangan dalam hidup tanpa melibatkan Tuhan kerana berfikir bahawa rancangan sendiri adalah yang terbaik.

Alkitab memberi peringatan : "Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Akuilah Dia dalam segala lakumu, maka Ia akan meluruskan jalanmu. Janganlah engkau menganggap dirimu sendiri bijak, takutlah akan TUHAN dan jauhilah kejahatan;" (Amsal 3:5-7).

Marilah kita belajar dari pengalaman hidup Asa, seorang raja yang pernah memerintah kerajaan Yehuda menggantikan ayahnya (Abia). Alkitab mencatatkan bahawa di awal pemerintahan, "Asa melakukan apa yang baik dan yang benar di mata TUHAN, Allahnya. Ia menjauhkan mezbah-mezbah asing dan bukit-bukit pengorbanan, memecahkan tugu-tugu berhala, dan menghancurkan tiang-tiang berhala." (2 Tawarikh 14:2-3).

Asa meletakkan kepercayaannya hanya kepada Tuhan dengan sepenuh hati dan memerintah seluruh rakyatnya untuk mencari Tuhan dan hidup melakukan firman-Nya. Ketika raja Asa dan seluruh rakyatnya hidup percaya kepada Tuhan dan taat kepada-Nya, Tuhan mengaruniakan keamanan atas seluruh negeri.

Ketika berperang melawan Zerah, orang Etiopiah dengan kekuatan 1 juta orang tentara, tiga ratus kereta dan lengkap dengan peralatan tempur yang canggih, secara teori pasukan Yehuda mustahil boleh memenangi perperangan ini dengan hanya 300, 000 orang bersenjatakan perisai besar dan tombak, dan 280, 000 orang sebagai pemanah. Oleh karena raja Asa mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada Tuhan, mukjizat telah terjadi. Musuh tewas di tangan mereka. Mereka tampil sebagai pemenang dengan kemenangan yang sangat besar. (2 Tawarikh 14:12-13).


Ketika raja asa percaya kepada Tuhan dengan sepenuh hati, kerajaannya aman dan berkemenangan. Ketika kita meletakkan keyakinan dan kepercayaan kita kepada Tuhan, kehidupan kita pasti beroleh kemenangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tuhan memberkati!

Renungan Petang Sabat, 13 Oktober 2018


Renungan Petang
Sabat, 13 Oktober 2018

Manusia Hanya Mampu Merancang

"TUHAN mengetahui rancangan-rancangan manusia; sesungguhnya semuanya sia-sia belaka." Mazmur 94:11

Di sebalik media massa, sama ada itu radio, television, surat khabar, majalah, internet dan sebagainya, hampir setiap hari menyiarkan berita-berita jenayah. Mulai dari kes dadah, rogol atau pencabulan anak di bawah umur, pornografi, pembunuhan, perampokan dan sebagainya. Kejahatan terjadi di mana-mana, bukan hanya terjadi di bandar-bandar besar tetapi juga sampai ke pelosok-pelosok kawasan terpencil. Mangsanya tak mengenal usia dan status. Tak ada tempat di belahan bumi ini yang benar-benar aman, bebas dari ancaman dan segala jenis kejahatan.

Daud juga mengalami hal yang sama, di mana dia pada saat itu sedang berhadapan dengan ancaman dan bahaya yang bila-bila dapat meragut nyawanya. Hal itu disebabkan oleh rencana jahat yang dirancang oleh Absalom dan Ahitofel. "Berkatalah Ahitofel kepada Absalom: 'Izinkanlah aku memilih dua belas ribu orang, maka aku akan bersiap dan mengejar Daud pada malam ini juga. Aku akan mendatangi dia, selagi ia lesu dan lemah semangatnya, dan mengejutkan dia; seluruh rakyat yang ada bersama-sama dengan dia akan melarikan diri, maka aku dapat menewaskan raja sendiri.'" (2 Samuel 17:1-2).

Ada tertulis: "Rancangan orang jahat adalah kekejian bagi TUHAN," (Amsal 15:26). Oleh itu, Tuhan memakai Husai untuk mengagalkan rancangan jahat mereka, dengan memberikan nasihat yang berbeza dari Ahitofel. Jika bukan kerana Tuhan yang bekerja, besar kemungkinan Husai tidak akan menyampaikan nasihatnya kepada Absalom, malahan dia akan menyokong Absalom untuk membunuh Daud. Jika bukan kerana Tuhan turut bekerja, maka tamatlah riwayat hidup Daud.

Di dalam dunia yang penuh dengan kejahatan ini, tidak ada yang dapat kita harapkan atau tempat bergantung selain Tuhan sahaja. Daud berkata, "TUHAN adalah kota bentengku dan Allahku adalah gunung batu perlindunganku." (Mazmur 94:22). Tak perlu takut dengan rancangan-rancangan jahat manusia, asalkan kita hidup benar di hadapan Tuhan Dia pasti akan menjadi pembela dan penolong bagi kita tepat pada masaNya!

Tuhan memberkati!

Jumaat, 12 Oktober 2018

Renungan Petang Jumaat, 12 Oktober 2018


Renungan Petang
Jumaat, 12 Oktober 2018

Kasih Tuhan Tiada Pernah Berakhir

"Makin Kupanggil mereka, makin pergi mereka itu dari hadapan-Ku; mereka mempersembahkan korban kepada para Baal, dan membakar korban kepada patung-patung." Hosea 11:2

Manusia yang hanya berasal dari debu tak mungkin mampu memahami, menyelami dan mengerti fikiran Tuhan yang Mahabesar dan tak terukur itu. Menurut pemikiran manusia, kerana Tuhan adalah Peribadi yang Mahakudus  tentunya mereka yang bersalah, berbuat dosa dan menyeleweng dari jalan-jalanNya pasti segera dibinasakanNya. Namun fikiran manusia bukanlah fikiran Tuhan!

Tertulis : "Sebab Aku ini Allah dan bukan manusia, Yang Kudus di tengah-tengahmu, dan Aku tidak datang untuk menghanguskan." (Hosea 11:9). Tak semudah cara manusia berfikir bahawa Tuhan akan membinasakan umat yang menyimpang dari jalan-jalanNya. Akan tetapi Tuhan itu panjang sabar dan sentiasa memberi kesempatan kepada manusia untuk kembali bertaubat.

Sudah sangat jelas bahawa bangsa Israel pada ketika itu adalah bangsa yang degil dan keras kepala, namun kasih Tuhan tidak berkesudahan. Dalam kekecewaanNya Tuhan berkata, "Padahal Akulah yang mengajar Efraim berjalan dan mengangkat mereka di tangan-Ku, tetapi mereka tidak mahu insaf, bahawa Aku menyembuhkan mereka. Aku menarik mereka dengan tali kesetiaan, dengan ikatan kasih. Bagi mereka Aku seperti orang yang mengangkat kuk dari tulang rahang mereka; Aku membungkuk kepada mereka untuk memberi mereka makan." (Hosea 11:3-4).

Pengalaman bangsa Israel ini menjadi pelajaran berharga bagi kita. Mari kita belajar untuk menghargai betapa besarnya kasih Tuhan kepada kita. Mengertilah bahawa apabila persoalan atau kesukaran datang menimpa kehidupan kita, itu bukan bererti Tuhan tidak mengasihi kita. Tuhan ingin melalui 'proses hidup' ini dan kita dapat kembali mengingati kasih dan kebaikanNya.

Mungkin selama ini kita telah melangkah jauh dari hadapanNya, dan lalu melalui masalah dan penderitaan. Tali kasih Tuhan ingin menarik dan mengait hati kita untuk kembali bersimpul di hadapan kakiNya untuk menerima kembali pemulihan dari Tuhan. Kasih tidak selamanya memanjakan tetapi adakalanya mendidik dan mendisiplinkan. Kasih yang tegas harus Tuhan lakukan agar kita tidak tersesat jauh.

Tuhan memberkati!

Khamis, 11 Oktober 2018

Renungan Petang Khamis, 11 Oktober 2018


Renungan Petang
Khamis, 11 Oktober 2018

Berkat Dan Kutuk?

"...dari mulut yang satu keluar berkat dan kutuk. Hal ini, saudara-saudaraku, tidak boleh demikian terjadi." Yakobus 3:10

Kalau kita inginkan kematangan dalam berkomunikasi setiap masa, kita harus dapat menguasai lidah. Berhati-hatilah dan berfikirlah seribu kali sebelum berkata, sebab "Hidup dan mati dikuasai lidah, siapa suka menggemakannya, akan memakan buahnya." (Amsal 18:21). Ada pepatah yang menyatakan bahawa adakalanya berdiam itu lagi baik. Adalah lebih baik berdiam diri atau sedikit berkata-kata kerana semakin banyak berbicara semakin berisiko untuk melakukan kesalahan.

Ada tertulis: "Di dalam banyak bicara pasti ada pelanggaran, tetapi siapa yang menahan bibirnya, berakal budi." (Amsal 10:19). Alkitab menyatakan bahawa orang bodoh sekalipun akan disangka bijak apabila dia tidak banyak berbicara atau berdiam diri. "Juga orang bodoh akan disangka bijak kalau ia berdiam diri dan disangka berpengertian kalau ia mengatupkan bibirnya." (Amsal 17:28).

Jangan sekali-kali menganggap mudah dan memandang rendah setiap perkataan yang keluar dari mulut kita, sebab suatu masanya kita harus dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan. "Setiap kata sia-sia yang diucapkan orang harus dipertanggungjawabkannya pada hari penghakiman. Karena menurut ucapanmu engkau akan dibenarkan, dan menurut ucapanmu pula engkau akan dihukum." (Matius 12:36-37).

Termasuklah perkataan yang kotor atau cerita kosong, kata-kata yang menyakiti, kata-kata yang tidak membangun dan sebagainya. "Janganlah ada perkataan kotor keluar dari mulutmu, tetapi pakailah perkataan yang baik untuk membangun, di mana perlu, supaya mereka yang mendengarnya, beroleh kasih karunia." (Efesus 4:29).

Elakkan bergosip. Gosip adalah suatu berita yang tersebar luas tetapi kebenarannya diragukan, atau berita negatif. Ramai orang suka bergosip, termasuk juga sebahagian orang yang percaya. Ini sungguh berbahaya, boleh merosakan dan menghancurkan diri sendiri dan juga orang lain. Rasul Paulus berkata, "Aku kuatir akan adanya perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, fitnah, bisik-bisikan, keangkuhan, dan kerusuhan." (2 Korintus 12:20).

Ibadah kita kepada Tuhan akan sia-sia jika kita tak mampu mengawal lidah (Yakobus 1:26). Kiranya Tuhan memberkati!

Rabu, 10 Oktober 2018

Renungan Petang 10 Oktober 2018


Renungan Petang
10 Oktober 2018

Yang Dipanggil Sudah Kembali

"Sebab Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan yang hilang." Lukas 19:10.

Zakheus adalah contoh lain orang yang mengalami sendiri berjumpa dengan Yesus secara peribadi dan hidupnya mengalami perubahan. Dalam bahasa Ibrani nama Zakheus memiliki makna murni atau benar. Namun hal itu sangat berbeza dengan kehidupan Zakheus yang penuh ketidakmurnian dan ketidakbenaran.

Ditinjau dari segi harta, Zakheus adalah orang yang berjaya iaitu,  kaya, berkerjaya dan berkuasa. Selain mendapat gaji rasmi dari kerajaan Romawi, dia juga memperolehi gaji 'tidak rasmi'  yang merupakan ciri-ciri sesetengah pemungut cukai, yang selalu identik dengan ketidakjujuran, manipulasi dan salahguna kuasa.

Sebagai ketua pemungut cukai, Zakheus mempunyai pangkat dan kuasa kerana memiliki ramai orang bawahan. Namun dia mengalami krisis identiti. Berlimpah harta, mempunyai pangkat dan kekuasaan tidak membuatnya dihormati orang, sebaliknya dia dibenci dan dihindar oleh umum. Di ruang hatinya yang terdalam ada kehampaan dan kekosongan sehingga dia pun berusaha mencari sesuatu yang hilang itu.

Ketika melihat Yesus sedang melintas di kota Yerikho. "Ia berusaha untuk melihat orang apakah Yesus itu, tetapi dia tidak berjaya kerana orang terlalu ramai dan saiz badannya tidak mengizinkan. Maka berlarilah dia mendahului orang ramai, lalu memanjat pohon ara untuk melihat Yesus, yang akan lalu di situ." (ayat 3-4). Dia sedang menghadapi masalah iaitu, keadaan fizikal (tubuhnya pendek) dan hubungan sosial (dibenci, ramai musuh, dijauhi).

Namun hal itu tak mampu memadamkan hasratnya yang besar untuk melihat Yesus, sehingga dia rela memanjat pohon ara. Ketika orang lain tidak mempedulikannya, mata Tuhan Yesus tertuju kepada Zakheus dan menyuruhnya segera turun kerana Dia ingin menumpang dirumahnya (ayat 5). Yesus mempunyai misi mencari dan menyelamatkan mereka yang hilang.

Oleh kerena telah mengalami kasih Tuhan yang besar, harta kekayaan bukan lagi segala-galanya bagi Zakheus. Terbukti dari kerelaannya membahagikan hartanya kepada orang miskin secara sukarela, malahan dia rela mengembalikan empat kali lipat.
Tuhan memberkati!


Selasa, 9 Oktober 2018

Renungan Petang Selasa, 09 Oktober 2018


Renungan Petang
Selasa, 09 Oktober 2018

Orang Berdosa Dipanggil

"Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, melainkan orang berdosa." Matius 9:13

Bukan perkara mudah bagi sesiapa pun untuk meninggalkan pekerjaan yang selama ini menjadi sumber pendapatan, lalu membuat keputusan mengikut Tuhan. Matius pasti terlebih dahulu mengira untung dan ruginya atau menghitung risiko yang harus ditanggungnya sebelum membuat pilihan yang sangat mempengaruhi kehidupannya. Yang pasti, selain terpaksa kehilangan pekerjaan, dia juga kehilangan pendapatan tetap.

Namun, tidak ada sedikit pun keraguan di dalam diri Matius. Ketika Yesus berkata kepadanya, "Ikutlah Aku", dia langsung mengikut Dia. Setelah mengalami perjumpaan secara peribadi dengan Tuhan, perubahan besar terjadi dalam dirinya, dia mengalami kehidupan yang baru. "Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, dia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang." (2 Korintus 5:17).

Matius yang dahulunya diasingkan, dijauhkan dan mempunyai ramai musuh, kini telah diterima dalam suatu komuniti, malahan dia diangkat menjadi anak-anak Allah. Dia yang biasanya menggunakan penanya untuk menulis jumlah kemasukan wang yang dia dapatkan dari pemungut pajak, kini penanya Tuhan guna untuk sebuah rancangan yang besar iaitu, menjadi rakan sekerja-Nya. Injil Matius adalah buktinya.

Tak seorang pun yang akan menduganya, seorang pemungut cukai yang mempunyai reputasi buruk di mata masyarakat, dicop sebagai kejam, tamak dan berdosa akhirnya menjadi seorang penulis Injil, sebuah karya yang bernilai kekal, yang dibaca oleh umat manusia di sepanjang sejarah. Tidak ada perkara mustahil bagi Tuhan!

Seburuk apa pun masa lalu kita, jangan pernah merasa diri kita tidak layak untuk datang kepada Tuhan kerana tangan Tuhan selalu terbuka untuk menyambut, menerima dan memulihkan kita. Tuhan memang sangat membenci semua jenis kejahatan tetapi Dia mengasihi orang yang melakukan, dengan maksud agar dia kembali dan bertobat dari kejahatannya. Matius atau Lewi mendapatkan kasih dan anugerah berlimpah dari Tuhan Yesus yang nilainya tak dapat dibeli dengan harta apa pun.

"Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan." 1 Yohanes 1:9. Tuhan memberkati!

Isnin, 8 Oktober 2018

Ranungan Petang Isnin, 08 Oktober 2018


Ranungan Petang
Isnin, 08 Oktober 2018

Tuhan Memanggil Orang Berdosa

"Ia melihat Lewi anak Alfeus duduk di rumah cukai lalu Ia berkata kepadanya: 'Ikutlah Aku!' Maka berdirilah Lewi lalu mengikuti Dia." Markus 2:14

Siapakah Lewi? Lewi adalah nama lain dari Matius. Dalam bahasa Ibrani Matius bermaksud pemberian Tuhan. Dia tinggal di Kapernaum dan ayahnya bernama Alfeus. Pekerjaan Lewi atau lebih dikenali sebagai Matius adalah pemungut cukai. Dia diberi kuasa oleh pemerintah Romawi untuk memungut cukai dari masyarakat, dari pedagang dan yang melalui wilayah kerjanya. Lalu dia mengambil komisen dari cukai yang dipungutnya itu.

Kebanyakan pemungut cukai memungut lebih dari yang seharusnya sehingga mereka mendapatkan keuntungan yang jauh lebih besar. Itulah sebabnya masa itu pemungut cukai dianggap 'setaraf' dengan orang-orang yang kotor, hina dan berdosa di mata masyarakat Yahudi kerana dianggap sebagai pengkhianat bangsa keturunan Yahudi tetapi bekerja dan menjadi budak suruhan oleh kerajaan Romawi.
Mereka diibaratkan sebagai 'lintah darat' yang 'menghisap darah' bangsanya sendiri dan memihak kepada kerajaan Romawi. Tidaklah menghairankan jika pemungut cukai dibenci dan dipulau oleh orang-orang sebangsanya.

Timbul pertanyaan dalam diri orang-orang Yahudi, apakah tidak salah Yesus memanggil orang seperti ini? Walhal Yesus yang sendiri tahu siapakah orang Lewi itu dan apa pekerjaannya. Namun Dia memanggil orang itu untuk menjadi murid-Nya.

Tindakan Yesus yang mahu makan bersama dengan Lewi dan para pemungut cukai yang lain tentu mengundang kontroversi sehingga menimbulkan kecurigaan dan reaksi negatif dalam diri ahli-ahli Taurat dari golongan Farisi yang selalu menganggap diri sendiri mereka yang paling benar dan suka sekali menghakimi orang lain. "Mengapa Ia makan bersama-sama dengan pemungut cukai dan orang berdosa?" (ayat 16).

Melihat akan hal itu, Tuhan Yesus memberikan jawaban yang lebih mengejutkan lagi, "Bukan orang sihat yang memerlukan tabib, tetapi orang sakit; Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, melainkan orang berdosa." (ayat 17). Tuhan dengan sangat tegas menjelaskan kepada mereka tentang maksud dan tujuan-Nya datang ke dunia iaitu, memanggil orang yang berdosa.


Sebagai Tabib yang ajaib Tuhan Yesus datang untuk mengubati, menyembuhkan dan memulihkan orang-orang yang 'sakit'. Kitalah orang-orang yang sakit itu. Datanglah kepada Tabib Besar untuk mendapatkan kesembuhan rohani. Tuhan memberkati!

Sabtu, 6 Oktober 2018

Renungan Petang Ahad, 07 Oktober 2018


Renungan Petang
Ahad, 07 Oktober 2018

Manusia Berharga Di HadapanNya

"Sebab itu janganlah kamu takut, karena kamu lebih berharga dari pada banyak burung pipit." Matius 10:31

Semua orang tidak dapat menafikan bahawa kehidupan di dunia ini adalah begitu singkat. Oleh itu, marilah kita gunakan waktu yang sedikit ini dengan sebaik-baiknya dan jangan pernah mensia-siakannya, sebab detik demi detik, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, sungguh sangat berharga.  Pemazmur berkata, "Ajarlah kami menghitung hari-hari kami sedemikian, hingga kami beroleh hati yang bijaksana." (Mazmur 90:12).

Sedar atau tidak, sesungguhnya kesempatan hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Maka dari itu, jangan pernah mengambil mudah hal-hal yang kecil kerana di dalam segala perkara Tuhan turut bekerja (Roma 8:28). Jika anda berfikir bahawa Tuhan kurang perhatian atau tak peduli terhadap hal-hal yang kecil, itu suatu kesalahan besar! Tuhan sangat peduli dan kepedulian Tuhan itu jauh lebih dari kepedulian kita terhadap diri sendiri.

Kalau kita memahami akan hal ini, tidak sepatutnya kita berkecil hati dan merajuk kepada Tuhan untuk setiap masalah yang terjadi. Sebab masalah pasti tidak terjadi secara kebetulan, mungkin akibat kesalahan kita atau diizinkan Tuhan terjadi sebagai jalan untuk mendidik kita di dalam kehidupan ini. Suka merungut dan tidak berpuas hati adalah sikap yang tidak menghargai kebijaksanaan Tuhan. Milikilah penyerahan diri ketika berada di dalam kehidupan ini, sebab Dia adalah Sang Pengendali dalam segala keadaan.


Sekecil apa pun masalah dan kesensaraan yang kita alami tak ada yang terlepas dari pengawasan dan perhatian Tuhan. Tuhan memberkati!

Renungan Petang Sabat, 06 Oktober 2018


Renungan Petang
Sabat, 06 Oktober 2018


Yang Hilang Dan Tersesat Akan Dicari

"Yang hilang akan Kucari, yang tersesat akan Kubawa pulang, yang luka akan Kubalut, yang sakit akan Kukuatkan, serta yang gemuk dan yang kuat akan Kulindungi; Aku akan menggembalakan mereka sebagaimana seharusnya." Yehezkiel 34:16

Ini adalah janji Tuhan kepada umat Israel yang adalah umat kesayangan-Nya. Tuhan menggambarkan diri-Nya sebagai Gembala dan umat Israel sebagai kawanan domba. Ini juga merupakan nubuatan dari nabi Yehezkiel tentang Kristus yang adalah Gembala yang baik, jauh sebelum Dia dilahirkan.

Dinyatakan bahawa apabila Gembala yang baik itu datang, Ia akan memelihara kawanan domba-Nya dengan lemah lembut dan penuh kasih :

"Dengan sesungguhnya Aku sendiri akan memperhatikan domba-domba-Ku dan akan mencarinya. Seperti seorang gembala mencari dombanya pada waktu domba itu tercerai dari kawanan dombanya, begitulah Aku akan mencari domba-domba-Ku dan Aku akan menyelamatkan mereka dari segala tempat, ke mana mereka diserahkan pada hari berkabut dan hari kegelapan. Di padang rumput yang baik akan Kugembalakan mereka dan di atas gunung-gunung Israel yang tinggi di situlah tempat penggembalaannya; di sana di tempat penggembalaan yang baik mereka akan berbaring dan rumput yang subur menjadi makanannya di atas gunung-gunung Israel." (Yehezkial 34:11, 12, 14).

Kawanan domba tercerai-berai oleh karena kesalahan mereka sendiri, akibat dari pemberontakan dan ketidaktaatannya. Tetapi Tuhan berkata, "Yang hilang akan Kucari, yang tersesat akan Kubawa pulang,"  (Yehezkial 34:16).

Kristus berkata, "Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya;" (Yohanes 10:11). Hal itu dibuktikan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib. Gembala yang baik selalu mencari domba yang hilang dan tersesat:

"Jika seorang mempunyai seratus ekor domba, dan seekor di antaranya sesat, tidakkah ia akan meninggalkan yang sembilan puluh sembilan ekor di pegunungan dan pergi mencari yang sesat itu? Dan Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya jika ia berhasil menemukannya, lebih besar kegembiraannya atas yang seekor itu dari pada atas yang kesembilan puluh sembilan ekor yang tidak sesat. Demikian juga Bapamu yang di sorga tidak menghendaki supaya seorangpun dari anak-anak ini hilang." (Matius 18:12-14).


Tiada kasih yang terbesar selain kasih Kristus yang adalah Gembala yang baik. Tuhan memberkati!

Jumaat, 5 Oktober 2018

Renungan Petang Jumaat, 05 Oktober 2018


Renungan Petang
Jumaat, 05 Oktober 2018

Perubahan Positif

"Namun Aku telah membuat engkau tumbuh sebagai pokok anggur pilihan, sebagai benih yang sungguh murni. Betapa engkau berubah menjadi pohon berbau busuk, pohon anggur liar!" Yeremia 2:21

Perubahan adalah suatu hal yang tidak dapat dihindari oleh semua orang. Suka atau tidak, semua orang pasti akan menghadapi dan mengalami perubahan, baik itu perubahan secara alamiah ataupun perubahan yang diusahakan. Perubahan alamiah adalah seperti bertambahnya usia yang disertai dengan perubahan fizikal. Dari bayi bertumbuh menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan akhirnya menjadi tua.

Perubahan kerana usaha adalah perubahan yang terjadi kerana ada usaha dari pihak kita untuk berubah, atau kerana ada dorongan atau pengaruh dari pihak luar.  Perubahan tersebut sama ada bersifat positif atau negatif. Perubahan tidak akan pernah terjadi jika kita terus menunggu waktu atau tidak berbuat sesuatu. Kita adalah perubahan itu sendiri.

Melalui Yeremia Tuhan mengungkapkan kekecewaan-Nya terhadap bangsa Israel, yang adalah bangsa pilihan-Nya. Betapa Tuhan telah mengasihi mereka sedemikian rupa. Merawat, memelihara, menjaga dan melindungi mereka dengan harapan supaya mereka dapat bertumbuh menjadi pokok anggur pilihan dan berbuah lebat. Tetapi apa yang terjadi? Mereka tumbuh menjadi pohon yang berbau busuk, menghasilkan buah yang masam dan semakin liar. Maksudnya, mereka telah menunjukkan perubahan yang negatif.

Mereka telah meninggalkan Tuhan, "...mengikuti dewa kesia-siaan, sampai mereka menjadi sia-sia? ...Aku telah membawa kamu ke tanah yang subur untuk menikmati buahnya dan segala yang baik dari padanya. Tetapi segera setelah kamu masuk, kamu menajiskan tanah-Ku; tanah milik-Ku telah kamu buat menjadi kekejian." (Yeremia 2:5, 7).

Kehidupan Kristen yang biasa adalah kehidupan yang mengalami perubahan. Dari Kristen 'kanak-kanak'  menjadi Kristen dewasa rohani, dari kehidupan lama menjadi kehidupan baru, dan semakin berubah ke arah Yesus Kristus. Kalau perubahan itu perubahan negatif, seperti pohon yang tidak berbuah, cepat atau lambat, kita pasti akan ditebang dan kemudian dibakar.


"Sebab itu juga kami berusaha, baik kami diam di dalam tubuh ini, maupun kami diam di luarnya, supaya kami berkenan kepada-Nya." 2 Korintus 5:9. Selamat menyambut Hari Sabat yang Kudus. Tuhan memberkati

Khamis, 4 Oktober 2018

Renungan Petang Khamis, 04 Oktober 2018


Renungan Petang
Khamis, 04 Oktober 2018

Pilihlah Jalan Kebenaran Dan Hidup

“Kata Yesus kepadanya: ‘Akulah jalan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku’ (Yohanes 14:6).

Sedar atau tidak, kita membuat banyak kali pilihan setiap hari. Keputusan yang diambil bukan secara kebetulan, tetapi mengikut tahap kepentingan. Peristiwa yang tak terduga, beberapa boleh diterima dan beberapa lagi memberi keburukan, sering memaksa kita untuk mengubah rancangan kita dan mengubah keutamaan kita. Kualiti perjalanan hidup kita setiap hari bukan disebabkan secara kebetulan tetapi kerana satu pilihan kita.

Kita memilih untuk belajar atau tidak, bersukan atau tidak, dan makan dengan makanan sihat atau tidak. Mungkin ada keadaan yang sangat mendesak menghadkan pilihan kita untuk memilih, tetapi kita tetap memilih. Kita memilih mungkin kerana rasa takut atau untuk mendapatkan ganjaran, kita memilih kerana orang lain (ibubapa, anak-anak, guru, sahabat, dll) atau kerana menginginkan kepuasan diri. Yang paling penting dari semua motivasi ini adalah memenuhi kehendak Allah. Dan dengan semuanya ini, memimpin kita ke arah yang jelas, pemahaman yang benar, dan menentukan kehendak. Justeru inilah yang Yesus janjikan dalam firman-Nya: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup” (Yohanes 14:6).

Kita tidak dapat membuka halaman Alkitab dan menemukan sebuah daftar abjad dengan kod jawaban untuk kita pilih setiap masa. Ini adalah sebuah buku ajaran dan prinsip-prinsip serta teladan yang diberikan untuk memimpin dan menguatkan kita. Ini juga bukan tempat pembuangan semua jenis masalah kehidupan kita. Tetapi itu adalah petunjuk yang luas dan lengkap sebagai jaminan bahawa kita tidak dibiarkan tanpa nasihat atau tidak bahagia di dunia kita yang penuh dengan pilihan yang  rumit.

Kitab Suci sebagai terang yang besar dan sementara itu tulisan Ellen G. White sebagai pembawa kita kepada terang yang lebih besar. Hal ini juga secara khususnya ditunjukkan agar kita dapat membuat sebuah keputusan untuk menghadapi banyak pilihan yang ditemui di dalam masyarakat zaman ini, juga buku ini memberikan kita pedoman yang jelas sebagai panduan kita untuk berfikir dan menjadi teladan yang sempurna.


Tuhan memberkati!

Selasa, 2 Oktober 2018

Renungan Petang Selasa 02 Oktober 2018


Renungan Petang
Selasa 02 Oktober 2018

Apakah Anda Benar?

"Karena itu, hai manusia, siapapun juga engkau, yang menghakimi orang lain, engkau sendiri tidak bebas dari salah. Sebab, dalam menghakimi orang lain, engkau menghakimi dirimu sendiri, karena engkau yang menghakimi orang lain, melakukan hal-hal yang sama." Roma 2:1

Pemungut cukai adalah orang yang memungut pajak dari rakyat Israel atas nama kerajaan Roma. Dia menjadi musuh oleh orang-orang Israel kerana dianggap melayan penguasa Roma dan menindas orang-orang sebangsanya. Dia dipandang sebagai orang yang kejam dan tidak memiliki hati nurani.

Namun si pemungut cukai datang kepada Tuhan dengan hati yang hancur. "Korban sembelihan kepada Allah ialah jiwa yang hancur; hati yang patah dan remuk tidak akan Kaupandang hina, ya Allah." (Mazmur 51:19). Dan ada tertulis, "Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan." (1 Yohanes 1:9). 

Pemungut cukai mengakui segala dosa dan pelanggaran kepada Tuhan dengan penuh kerendahan hati dan Tuhan berkenan, sehingga  "Orang ini pulang ke rumahnya sebagai orang yang dibenarkan Allah dan orang lain itu tidak." (Lukas 18:14). Sebaliknya Tuhan sangat mencela orang Farisi yang datang kepadaNya dengan penuh kesombongan, membenarkan diri sendiri dan cenderung menghakimi orang lain, padahal "Allah menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati." (Yakobus 4:6). 

Menurut penilaian manusia, apa yang dilakukan orang Farisi ini begitu rohaniah dan pasti berkenan kepada Tuhan. Tetapi, "Bukan yang dilihat manusia yang dilihat Allah; manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi TUHAN melihat hati." (1 Samuel 16:7). Tuhan tahu bagaimana motivasi kita saat melakukan sesuatu dan dalam menjalankan ibadah. Tuhan tidak dapat dikaburi dengan aktiviti-aktiviti rohani kita. 

Merasa dirinya benar adalah berbeza dengan dibenarkan oleh Tuhan. Jadi jangan sekali-kali memendang rendah terhadap orang lain dan menjadi sombong sehingga mata kita tertutup terhadap kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Kita diselamatkan semata-mata karena kasih karunia Tuhan kita Yesus Kristus, "...jangan ada orang yang memegahkan diri." (Efesus 2:9). Orang yang meninggikan diri akan direndahkan oleh Tuhan.

Kiranya Tuhan memberkati!

Isnin, 1 Oktober 2018

Renungan Petang Isnin, 01 Oktober 2018


Renungan Petang
Isnin, 01 Oktober 2018

Seperti Pohon Zaitun

"Tetapi aku ini seperti pohon zaitun yang menghijau di dalam rumah Allah; aku percaya akan kasih setia Allah untuk seterusnya dan selamanya." Mazmur 54:10.

Kehidupan orang percaya seringkali Alkitab ibaratkan seperti pohon atau tanaman yang mengalami pertumbuhan fasa demi fasa iaitu, mulai dari bertunas, berakar, bertumbuh dan kemudian berbuah.

Inilah kehidupan orang percaya iaitu, kehidupan yang terus bertumbuh secara rohani, "sampai kita semua telah mencapai kesatuan iman dan pengetahuan yang benar tentang Anak Allah, kedewasaan penuh, dan tingkat pertumbuhan yang sesuai dengan kepenuhan Kristus," (Efesus 4:13). Maksudnya kehidupan orang percaya adalah kehidupan yang mempunyai proses, dinamik, bergerak maju, aktif dan tidak statik.

Ramai orang yang orang percaya selama bertahun-tahun tetapi kehidupan rohaninya tidak mengalami perubahan atau tidak ada kemajuan (terbantut). Kekristenan mereka terbantut dan hampir mati, walaupun secara kasar mata kelihatan masih melakukan aktiviti kerohanian yang mungkin tak lebih dari sekadar rutin. Keadaan seperti ini adalah sangat bahaya.

Kehidupan rohani orang percaya seharusnya seperti pohon Zaitun, sejenis pohon yang mampu bertahan hidup ribuan tahun lamanya. Ini merujuk kepada kesetiaan kita hidup bersama dengan Tuhan. "Hendaklah engkau setia sampai mati, dan Aku akan mengaruniakan kepadamu mahkota kehidupan." (Wahyu 2:10).

Semakin kita setia kepada Tuhan, semakin kita dekat kepada-Nya, semakin kita mempunyai kekuatan semakin banyak menghadapi ujian angin, badai dan gelombang kehidupan. Maka kita harus seperti pohon zaitun yang ditanam, yang akan tetap bertumbuh dan hidup sampai selama-lamanya. Akar pohon zaitun juga sangat kuat sehingga tidak mudah dicabut atau dipindahkan ke tempat lain. Maka itulah sebabnya pohon ini dapat hidup dalam waktu yang sangat lama.

Pohon zaitun adalah pohon yang menghasilkan minyak, yang mana pada masa itu sering digunakan untuk mengurapi raja dan juga untuk keperluan hidup setiap hari, dimana semua orang memerlukannya. Kehidupan orang percaya adalah kehidupan yang harus menghasilkan buah yang terbaik, yang dapat dinikmati oleh ramai orang iaitu, menjadi berkat bagi orang lain.

"Berbahagialah manusia yang kekuatannya di dalam Engkau,...mereka berjalan makin lama makin kuat," Mazmur 84:6, 8. Kiranya Tuhan memberkati!