Renungan Petang
Jumaat, 19 Oktober 2018
Jumaat, 19 Oktober 2018
Tak Berbuah Akan Ditebang?
"Sebab itu, saudara-saudaraku, kamu juga telah mati bagi hukum Taurat oleh tubuh Kristus, supaya kamu menjadi milik orang lain, yaitu milik Dia, yang telah dibangkitkan dari antara orang mati, agar kita berbuah bagi Allah." Roma 7:4
Buah merupakan hasil dari sebuah pokok yang sihat atau subur. Setiap pokok yang subur dan sihat pasti akan menghasilkan buah pada musimnya. Sebaliknya pokok yang tidak sihat tentunya sukar sekali untuk berbuah. Demikian pula orang percaya yang 'sihat' rohaninya pasti menghasilkan buah-buah sesuai dengan pertaubatannya.
Buah-buah yang dimaksudkan adalah buah-buah Roh iaitu, "...kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu." (Galatia 5:22-23). Sedangkan di dalam diri orang percaya yang 'sakit' rohaninya mustahil ada buah-buah Roh. Pokok yang tidak sihat akan kering dan ditebang lalu dibakar. Bagaimana jika kita ibarat pokok yang bermasalah itu?
Kita ini diibaratkan sebuah ranting dan Tuhan Yesus adalah pokok anggurnya. Tuhan berkata, "Setiap ranting pada-Ku yang tidak berbuah, dipotong-Nya dan setiap ranting yang berbuah, dibersihkan-Nya, supaya ia lebih banyak berbuah." (Yohanes 15:2). Dikatakan bahawa ranting yang tidak berbuah akan dipotongNya dan kemudian dicampakkan ke dalam api dan dibakar. Itulah akhir dari pokok yang tidak menghasilkan buah.
Demikian pula perumpamaan tentang pohon ara yang tidak berbuah: sudah tiga tahun lamanya si pemilik kebun tidak menemukan buah pada pohon aranya sehingga dia pun memerintahkan pengurus kebunnya untuk menebang pohon itu dengan berkata, "Untuk apa ia hidup di tanah ini dengan percuma!" (baca Lukas 13:6-9).
Kadangkala kita merasa bahawa janji Tuhan itu sangat jauh dari kehidupan kita. Dan kita pun berfikir bahawa Tuhan itu ingkar akan janji-janjiNya. Tidak sama sekali. Tak satu pun janji Tuhan yang tidak ditepatiNya. Pada saat yang tepat pasti digenapiNya. Masa Tuhan bukan masa kita. Siapakah kita mengatur masa untuk Dia?
Sebelum Tuhan menggenapi janjiNya Dia terlebih dahulu memproses dan membentuk kita supaya kita benar-benar menjadi orang percaya yang semakin hari semakin dewasa di dalam Dia, sehingga kehidupan kita pun menjadi kesaksian yang memuliakan namaNya. Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan