Rabu, 31 Oktober 2018
Renungan Harian Rabu, 31 Oktober 2018
Renungan Harian
Rabu, 31 Oktober 2018
Janji Harus Ditepati
"Janji-Mu sangat teruji, dan hamba-Mu mencintainya." Mazmur 119:140
Sudah menjadi kebiasaan orang seringkali mengecewakan sesama manusia, salah satunya adalah berkenaan dengan janji. Berapa ramai di antara kita yang kecewa oleh kerana janji yang tidak ditepati atau tidak berlaku jujur. Contohnya soal hutang atau pinjaman, begitu mudahnya seseorang berhutang tetapi tidak untuk membayarnya? Janji tinggal janji dan berakhir dengan kebohongan? Itulah sikap segelintiran manusia.
Tetapi kita harys bersyukur kerana kita mempunyai Tuhan yang tidak pernah ingkar terhadap apa-apa pun yang dijanjikanNya. "Allah bukanlah manusia, sehingga Dia berdusta bukan anak manusia, sehingga Dia menyesal. Masakan Dia berfirman dan tidak melakukannya, atau berbicara dan tidak menepatinya?" (Bilangan 23:19).
Janji Tuhan untuk memberikan Tanah Perjanjian (Kanaan) kepada bangsa Israel sebagaimana Dia sampaikan kepada Abraham, "Aku akan memberikan negeri ini kepada keturunanmu." (Kejadian 12:7). Walaupun keturunan Abraham berlaku tidak setia, namun Dia tetaplah Tuhan yang setia pada janjiNya; pada saat yang tepat dan digenapiNya.
Bila kita baca dalam Bilangan pasal 34, sempadan Tanah Perjanjian itu disampaikan oleh Tuhan sendiri kepada Musa, "Perintahkanlah kepada orang Israel dan katakanlah kepada mereka : Apabila kamu masuk ke negeri Kanaan, maka inilah negeri yang akan jatuh kepadamu sebagai milik pusaka, yakni tanah Kanaan menurut batas-batasnya." (Bilangan 34:2).
Apabila kita dalam kesusahan dan penderitaan, jangan menjadi lemah dan tawar hati. Sebaliknya, tetaplah berfokus kepada janji Tuhan kerana Dia Tuhan yang tidak pernah berubah, dahulu, sekarang dan sampai selama-lamanya. Dia adalah Tuhan yang setia, Dia setia kepada firmanNya dan setia kepada janjiNya. Tuhan hanya menghendaki kita supaya tetap taat, tekun dan setia melakukan semua perintahNya.
Mari kita hidup dalam ketaatan, dan ketika tibanya Tuhan akan melakukan bahagianNya, iaitu menepati janjiNya ke atas kita. Tuhan memberkati!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan