Renungan Petang
Khamis, 04 Oktober 2018
Khamis, 04 Oktober 2018
Pilihlah Jalan Kebenaran Dan Hidup
“Kata Yesus kepadanya: ‘Akulah jalan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku’ (Yohanes 14:6).
Sedar atau tidak, kita membuat banyak kali pilihan setiap hari. Keputusan yang diambil bukan secara kebetulan, tetapi mengikut tahap kepentingan. Peristiwa yang tak terduga, beberapa boleh diterima dan beberapa lagi memberi keburukan, sering memaksa kita untuk mengubah rancangan kita dan mengubah keutamaan kita. Kualiti perjalanan hidup kita setiap hari bukan disebabkan secara kebetulan tetapi kerana satu pilihan kita.
Kita memilih untuk belajar atau tidak, bersukan atau tidak, dan makan dengan makanan sihat atau tidak. Mungkin ada keadaan yang sangat mendesak menghadkan pilihan kita untuk memilih, tetapi kita tetap memilih. Kita memilih mungkin kerana rasa takut atau untuk mendapatkan ganjaran, kita memilih kerana orang lain (ibubapa, anak-anak, guru, sahabat, dll) atau kerana menginginkan kepuasan diri. Yang paling penting dari semua motivasi ini adalah memenuhi kehendak Allah. Dan dengan semuanya ini, memimpin kita ke arah yang jelas, pemahaman yang benar, dan menentukan kehendak. Justeru inilah yang Yesus janjikan dalam firman-Nya: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup” (Yohanes 14:6).
Kita tidak dapat membuka halaman Alkitab dan menemukan sebuah daftar abjad dengan kod jawaban untuk kita pilih setiap masa. Ini adalah sebuah buku ajaran dan prinsip-prinsip serta teladan yang diberikan untuk memimpin dan menguatkan kita. Ini juga bukan tempat pembuangan semua jenis masalah kehidupan kita. Tetapi itu adalah petunjuk yang luas dan lengkap sebagai jaminan bahawa kita tidak dibiarkan tanpa nasihat atau tidak bahagia di dunia kita yang penuh dengan pilihan yang rumit.
Kitab Suci sebagai terang yang besar dan sementara itu tulisan Ellen G. White sebagai pembawa kita kepada terang yang lebih besar. Hal ini juga secara khususnya ditunjukkan agar kita dapat membuat sebuah keputusan untuk menghadapi banyak pilihan yang ditemui di dalam masyarakat zaman ini, juga buku ini memberikan kita pedoman yang jelas sebagai panduan kita untuk berfikir dan menjadi teladan yang sempurna.
Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan