Renungan Petang
Ahad, 28 Oktober 2018
Bertumbuh Dengan Sihat
"Tetapi engkau, beritakanlah apa yang sesuai dengan ajaran yang sehat:" Titus 2:1
Supaya kita bertumbuh dengan sihat dan berkembang dengan baik, tubuh jasmani kita memerlukan makanan yang sihat. Definisi makanan sihat adalah makanan yang memiliki kandungan gizi yang seimbang, atau mengandung serat dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Menu makanan sihat seharusnya kaya akan unsur zat gizi seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan sedikit lemak tak tepu.
Demikian juga manusia secara rohani, kita memerlukan makanan 'rohani' yang menyihatkan. Ada tertulis: "Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah." (Matius 4:4). Makanan rohani itu berbentuk firman Tuhan, keintiman (hubungan peribadi dengan Tuhan), melalui kebaktian dan juga ajaran yang sihat. Jika hal-hal tersebut tidak dipenuhi secara seimbang, maka manusia 'rohani' kita tidak dapat bertumbuh dengan baik dan sihat.
Sekalipun kita menjadi orang percaya selama bertahun-tahun, jika kita tidak menerima dan mengaplikasi firmanNya, maka kerohanian kita akan terbantut atau rohani kerdil. Ketika hanya mengalami masalah atau kesusahan yang kecil, iman mudah sekali goyah dan langsung berputus asa lalu menyalahkan Tuhan. Tuhan tidak berjanji bahawa hidup ini begitu indah tanpa sebarang masalah tetapi Dia menjanjikan pertolongan, kelepasan dan jalan keluar untuk setiap masalah yang kita alami. Pemazmur menulis : "Kemalangan orang benar banyak, tetapi TUHAN melepaskan dia dari semuanya itu;" (Mazmur 34:20).
Memakan ajaran dan keyakinan yang kurang sihat menyebabkan anda sakit. Apabila anda sakit, bermakna fokus kehidupan kita untuk Tuhan akan terggangu. Kita harus keluar dari tabiat pemakanan yang kurang sempurna dan taat mengikut kehendak Tuhan. Firman atau doktrin diluar kehendakNya menjadi penghalang utama kehidupan kita menuju kedewasaan iman.
Pelajarilah Firman dan aplikasikan di dalam kehidupan sebagai makanan rohani yang menyihatkan setiap masa. Kiranya Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan