Isnin, 29 Oktober 2018

Renungan Petang Isnin, 29 Oktober 2018



Renungan Petang
Isnin, 29 Oktober 2018

Firman Benih Kehidupan

"Karena kamu telah dilahirkan kembali bukan dari benih yang fana, tetapi dari benih yang tidak fana, oleh firman Allah, yang hidup dan yang kekal." 1 Petrus 1:23

Tahukah anda bahawa di dalam benih yang kecil dan kelihatan kotor itu terdapat sumber kehidupan.  Bermula dari benih yang kelihatannya tak seberapa akan tumbuh akar, batang, cabang, daun, bunga dan buah. Dari buah yang dihasilkan, terjadi tuaian. Supaya boleh bertumbuh dan menghasilkan buah atau tuaian, benih harus terlebih dahulu ditanam di dalam tanah.

Firman Tuhan adalah benih itu. Kekuatan yang terdapat di dalam benih firman Tuhan itu jauh lebih dahsyat dari benih yang kita lihat. Segala sesuatu yang Tuhan lakukan bagi kita bermula dari benih firman Tuhan yang ditanam di dalam hati kita. Pemazmur menulis: "disampaikan-Nya firman-Nya dan disembuhkan-Nya mereka, diluputkan-Nya mereka dari liang kubur." (Mazmur 107:20), dan "Ia berfirman, maka dibangkitkan-Nya angin badai yang meninggikan gelombang-gelombangnya." (Mazmur 107:25).

Ada kuasa di sebalik benih firman Tuhan yang ditaburkan. Persoalaannya adalah apakah tanah hati kita sudah bersedia untuk menerima benih firman Tuhan tersebut? Ramai orang mempunyai kerinduan yang besar untuk dipulihkan hidupnya tetapi mereka tidak memiliki respon hati yang benar terhadap firman Tuhan. Seringkali mereka hanya mendengar firman Tuhan sambil lewa, ibarat tanah yang keras dan penuh dengan semak duri, sehingga benih firman yang ditanam pun tidak kelihatan.

Penulis Amsal menasihatkan, "Hai anakku, perhatikanlah perkataanku, arahkanlah telingamu kepada ucapanku; janganlah semuanya itu menjauh dari matamu, simpanlah itu di lubuk hatimu. Karena itulah yang menjadi kehidupan bagi mereka yang mendapatkannya dan kesembuhan bagi seluruh tubuh mereka." (Amsal 4:20-22).

Kita harus memerhatikan, mengarahkan telinga dan mata yang tertuju kepada firman Tuhan. "Setiap pagi Ia mempertajam pendengaranku untuk mendengar seperti seorang murid." (Yesaya 50:4b), kerana iman timbul dari pendengaran akan firman-Nya. Benih firman Tuhan yang ditanam dalam tanah hati yang subur akan menghasilkan mukjizat, membawa pemulihan, kemenangan dan kesembuhan.

Kiranya Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan