Renungan Petang
Sabat, 13 Oktober 2018
Sabat, 13 Oktober 2018
Manusia Hanya Mampu Merancang
"TUHAN mengetahui rancangan-rancangan manusia; sesungguhnya semuanya sia-sia belaka." Mazmur 94:11
Di sebalik media massa, sama ada itu radio, television, surat khabar, majalah, internet dan sebagainya, hampir setiap hari menyiarkan berita-berita jenayah. Mulai dari kes dadah, rogol atau pencabulan anak di bawah umur, pornografi, pembunuhan, perampokan dan sebagainya. Kejahatan terjadi di mana-mana, bukan hanya terjadi di bandar-bandar besar tetapi juga sampai ke pelosok-pelosok kawasan terpencil. Mangsanya tak mengenal usia dan status. Tak ada tempat di belahan bumi ini yang benar-benar aman, bebas dari ancaman dan segala jenis kejahatan.
Daud juga mengalami hal yang sama, di mana dia pada saat itu sedang berhadapan dengan ancaman dan bahaya yang bila-bila dapat meragut nyawanya. Hal itu disebabkan oleh rencana jahat yang dirancang oleh Absalom dan Ahitofel. "Berkatalah Ahitofel kepada Absalom: 'Izinkanlah aku memilih dua belas ribu orang, maka aku akan bersiap dan mengejar Daud pada malam ini juga. Aku akan mendatangi dia, selagi ia lesu dan lemah semangatnya, dan mengejutkan dia; seluruh rakyat yang ada bersama-sama dengan dia akan melarikan diri, maka aku dapat menewaskan raja sendiri.'" (2 Samuel 17:1-2).
Ada tertulis: "Rancangan orang jahat adalah kekejian bagi TUHAN," (Amsal 15:26). Oleh itu, Tuhan memakai Husai untuk mengagalkan rancangan jahat mereka, dengan memberikan nasihat yang berbeza dari Ahitofel. Jika bukan kerana Tuhan yang bekerja, besar kemungkinan Husai tidak akan menyampaikan nasihatnya kepada Absalom, malahan dia akan menyokong Absalom untuk membunuh Daud. Jika bukan kerana Tuhan turut bekerja, maka tamatlah riwayat hidup Daud.
Di dalam dunia yang penuh dengan kejahatan ini, tidak ada yang dapat kita harapkan atau tempat bergantung selain Tuhan sahaja. Daud berkata, "TUHAN adalah kota bentengku dan Allahku adalah gunung batu perlindunganku." (Mazmur 94:22). Tak perlu takut dengan rancangan-rancangan jahat manusia, asalkan kita hidup benar di hadapan Tuhan Dia pasti akan menjadi pembela dan penolong bagi kita tepat pada masaNya!
Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan