Renungan Petang
Isnin, 15 Oktober 2018
Isnin, 15 Oktober 2018
Apabila Manusia meninggalkan Tuhan
"Karena engkau bersandar kepada raja Aram dan tidak bersandar kepada TUHAN Allahmu, oleh karena itu terluputlah tentara raja Aram dari tanganmu." 2 Tawarikh 16:7
Alkitab mencatatkan bahawa ketika Asa hidup percaya kepada Tuhan dengan sepenuh hati, dan hidup mengutamakan Dia, Tuhan telah mengaruniakan keamanan dan ketenteraman ke atas kerajaannya, "Tidak ada perang sampai pada tahun ketiga puluh lima pemerintahan Asa." (2 Tawarikh 15:19). Apa yang terjadi kemudian? Setelah kehidupannya dalam kejayaan, raja Asa mula berubah sikap, hatinya tidak lagi kepada Tuhan. Dia mulai bersandar kepada pengertiannya sendiri dan tidak lagi melibatkan Tuhan dalam setiap keputusan.
Ketika sedang mengalami masalah berat iaitu, menghadapi Baesa (raja Israel), Asa tidak lagi mencari pertolongan dari Tuhan seperti dahulu. Dia mulai menggunakan akal fikirannya sendiri. Dia mencari pertolongan kepada dunia dan berharap kepada manusia iaitu, meminta pertolongan kepada raja Aram. Demi beroleh bantuan, dia rela mempersembahkan harta benda yang ada di dalam Bait Tuhan.
"...Asa mengeluarkan emas dan perak dari perbendaharaan rumah TUHAN dan dari perbendaharaan rumah raja dan mengirimnya kepada Benhadad, raja Aram yang diam di Damsyik dengan pesan: 'Ada perjanjian antara aku dan engkau, antara ayahku dan ayahmu. Ini kukirim emas dan perak kepadamu. Marilah, batalkanlah perjanjianmu dengan Baesa, raja Israel, supaya ia undur dari padaku.'" (2 Tawarikh 16:2-3).
Akibat tindakan yang kurang bijak ini, raja Asa terpaksa menanggung akibatnya: "...terluputlah tentara raja Aram dari tanganmu. Karena mata TUHAN menjelajah seluruh bumi untuk melimpahkan kekuatan-Nya kepada mereka yang bersungguh hati terhadap Dia. Dalam hal ini engkau telah berlaku bodoh, oleh sebab itu mulai sekarang ini engkau akan mengalami peperangan." (2 Tawarikh 16:7, 9). Sejak dari itu ketenteraman dan keamanan semakin menjauh dari negeri Yehuda. Dan "Pada tahun ketiga puluh sembilan pemerintahannya Asa menderita sakit pada kakinya yang kemudian menjadi semakin parah." (2 Tawarikh 16:12).
Sesungguhnya hal itu adalah suatu kesempatan bagi Asa untuk bertaubat, namun dalam keadaan yang demikian dia tetap sahaja tidak ingin bertaubat, malahan dia tetap mencari pertolongan dari tabib-tabib dunia dan bukan mencari Tuhan. Ingat! Jangan sekali-kali meletakkan kekuatan sendiri jika tidak ingin menjadi seperti raja Asa. Dahulukan semua perkara dalam Yesus Kristus, Tuhan kita. Haruslah pertaubatan itu ada setiap masa. KepadaNyalah kita berserah.
Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan