Isnin, 22 Oktober 2018
Renungan Petang Isnin, 22 Oktober 2018
Renungan Petang
Isnin, 22 Oktober 2018
Semua Diberikan Kesempatan Jika Anda Mahu
"Sama seperti Engkau telah memberikan kepada-Nya kuasa atas segala yang hidup, demikian pula Ia akan memberikan hidup yang kekal kepada semua yang telah Engkau berikan kepada-Nya." Yohanes 17:2
Sehingga ke hari ini ada ramai orang percaya meninggalkan imannya kepada Kristus dan memilih untuk mengikuti jalan sendiri. Mengapa ini boleh terjadi? Apakah mereka menganggap bahawa mengikut Kristus itu cabarannya begitu besar? Dijauhi oleh masyarakat, dijauhi dan ditinggalkan kawan, kerjaya terhalang, dan masih banyak lagi? Sementara mereka menyaksikan orang-orang di luar Tuhan sepertinya hidup nyaman dan seakan-akan tak menemui sebarang masalah.
Firman Tuhan telah memberi peringatan: "...janganlah kamu melepaskan kepercayaanmu, karena besar upah yang menantinya. Sebab kamu memerlukan ketekunan, supaya sesudah kamu melakukan kehendak Allah, kamu memperoleh apa yang dijanjikan itu." (Ibrani 10:35-36). Yesus juga sudah menegaskan bahawa setiap orang yang rela mengikut Dia akan mendapatkan upah seratus kali lipat dan hidup yang kekal (Matius 19:29). Tidak ada perkataan sia-sia untuk setiap ketekunan, kesetiaan dan penat lelah ketika kita hidup dalam Yesus kerana Dia boleh melihat semuanya.
"Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus." (Yohanes 17:3). Hidup yang kekal atau tinggal bersama dengan Kristus di Syurga adalah sebuah kepastian bagi mereka yang terus bertekun di dalam Tuhan, melayani Dia dengan sungguh dan setia mengikut Dia sampai akhir.
"Di rumah Bapa-Ku banyak tempat tinggal. Jika tidak demikian, tentu Aku mengatakannya kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, supaya di tempat di mana Aku berada, kamupun berada." (Yohanes 14:2-3).
Hidup di dunia ini adalah sementara sahaja. Oleh itu, jangan pernah menyerah kalah kepada keadaan, apatah lagi sampai berputus asa, jika kita terus berhadapan dengan bermacam-macam masalah hidup yang berat. Bertahanlah. Penderitaan yang kita alami di dunia ini tidak sebanding dengan kemuliaan yang Tuhan sediakan kelak! (Roma 8:18). Tuhan memberkati!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan