Khamis, 1 November 2018
Renungan Petang Khamis, 01 November 2018
Renungan Petang
Khamis, 01 November 2018
Bersabar Dalam Penderitaan
"Adalah di situ seorang perempuan yang sudah dua belas tahun lamanya menderita pendarahan." Markus 5:25
Tak ada seorang pun mahu hidup dalam penderitaan. Penderitaan, kesusahan, masalah yang datang secara tiba-tiba dan tak terduga waktunya. Hanya mengalami masalah yang kecil, orang boleh mengeluh dan memohon pertolongan.
Ada seorang perempuan yang sudah dua belas tahun lamanya mengalami sakit pendarahan. Dua belas tahun bukanlah waktu yang singkat dan ini sudah cukup menjelaskan kepada kita tentang penderitaan yang dia rasakan. Apatah lagi di kalangan orang Yahudi pendarahan merupakan suatu hal yang najis.
"Apabila seorang perempuan berhari-hari lamanya mengeluarkan lelehan, yakni lelehan darah yang bukan pada waktu cemar kainnya, atau apabila ia mengeluarkan lelehan lebih lama dari waktu cemar kainnya, maka selama lelehannya yang najis itu perempuan itu adalah seperti pada hari-hari cemar kainnya, yakni ia najis." (Imamat 15:25).
Selain mengalami penderitaan fizikal (keadaan yang semakin memburuk), perempuan ini juga mengalami penderitaan batin yang luar biasa kerana semua orang pasti memandang rendah, menghindari dan menjauhi dia. Pada zaman itu ada peraturan bahawa orang yang sakit seperti ini harus diasingkan dan tidak boleh datang untuk beribadah (Bilangan 5:2-3).
Alkitab juga mencatatkan bahawa ketika perempuan itu datang kepada Yesus, dia dalam keadaan miskin papa kerana harta bendanya sudah habis untuk kos perubatan. Dia suda kemana-mana untuk mencari ramai tabib tetapi tidak membuahkan hasil. "Ia telah berulang-ulang diobati oleh berbagai tabib, sehingga telah dihabiskannya semua yang ada padanya," (Markus 5:26).
Perkataan, 'berulang-ulang' menunjukkan suatu usaha yang dilakukan secara terus-menerus dengan tiada mengenal penat lelah. Demi mendapatkan kesembuhan, dia tidak lagi memperhitungkan berapa besar kos yang harus dikeluarkan. Namun, sekalipun mengalami penderitaan yang begitu hebat, perempuan ini tak pernah berputus asa dan hilang pengharapan.
"Orang yang bersemangat dapat menanggung penderitaannya, tetapi siapa akan memulihkan semangat yang patah?" Amsal 18:14. Kiranya Tuhan memberkati!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan