Rabu, 14 November 2018
Renungan Petang Khamis, 15 November 2018
Renungan Petang
Khamis, 15 November 2018
Dipengaruhi Keadaan Sekeliling
"Supaya, kalau aku kenyang, aku tidak menyangkal-Mu dan berkata: Siapa TUHAN itu? Atau, kalau aku miskin, aku mencuri, dan mencemarkan nama Allahku." Amsal 30:9
Tak dapat dinafikan perubahan status sosial atau tahap ekonomi seseorang seringkali mempengaruhi sikap dan gaya hidupnya. Ketika hidup dalam kesederhanaan, tidak banyak hal yang dituntut di dalam kehidupannya. Banyak atau sedikit berkat yang diterima, dari hati tetap mengucapkan syukur seperti yang rasul Paulus katakan, "...aku telah belajar mencukupkan diri dalam segala keadaan." (Filipi 4:11), dan "Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah." (1 Timotius 6:8).
Dalam situasi sebegini kehidupan rohaninya dalam keadaan terjaga dengan baik. Berdoa dan membaca Alkitab dilakukan secara tekun, masa kebaktian tidal pernah ditinggalkan dan giat melayani pekerjaan Tuhan. Seiringan dengan berjalannya waktu, ketika semua dalam keadaan baik, tanpa sedar perubahan pun terjadi. Gaya hidup dan sikap hati berubah secara mendadak.
Si suami semakin sibuk dengan tugasan di pejabat yang memaksanya untuk pulang selalu lewat dan isteri mulai mencari kesibukan lain untuk mengusir rasa sepi di rumah. Kelihatannya, anak menjadi kurang perhatian dan suka memberontak. Kehidupan rohani pun mula berubah dan semakin merosot. Tidak lagi dianggap penting, kebaktian rohani sering ditinggalkan, dan akhirnya hubungan dengan Tuhan pun menjadi renggang.
Mengapa? Mereka merasa tidak lagi memerlukan Tuhan kerana apa yang diperlukan sudah tersedia sehingga tak perlu lagi berdoa dengan sungguh-sungguh. Rupa-rupanya, bukan hanya ketika di dalam kekurangan orang boleh meninggalkan Tuhan tetapi dalam keadaan keadaan baik dan aman ada ramai orang meninggalkan Tuhan. Mereka terlena, tidak fokus dan lupa diri.
Berkat berkelimpah boleh menjadi ruang bagi Iblis untuk memerangkap kehidupan seseorang, kemudian dia mencondongkan hatinya kepada harta dan tidak lagi tertuju kepada Tuhan. "Adakah kamu sebodoh itu? Kamu telah memulai dengan Roh, mahukah kamu sekarang mengakhirinya di dalam daging?" Galatia 3:3. Ingatlah kepadaNya tak kira baik atau susah. Kiranya Tuhan memberkati!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan