Khamis, 8 November 2018

Renungan Petang Khamis, 08 November 2018




Renungan Petang
Khamis, 08 November 2018

Belum Sampai Masanya

"Janganlah terlalu fasik, janganlah bodoh! Mengapa engkau mau mati sebelum waktumu?" Pengkhotbah 7:17

Bunuh diri adalah sebuah tindakan sengaja yang menyebabkan kematian diri sendiri. Bunuh diri seringkali dilakukan oleh orang yang berputus asa, tertekan, putus cinta, menanggung beban hidup yang teramat berat, pertengkaran dalam rumahtangga, atau rasa malu yang terlampau besar. Orang yang mengambil keputusan untuk bunuh diri seringkali tidak sedar diri ketika dia ingin melakukannya  (tindakan bunuh diri), sebab dalam kehidupan sehari-hari tidak menunjukkan suatu gejala atau tanda yang menjurus ke arah perbuatan nekad tersebut.

Ada kalanya orang yang sangat kaya atau terkenal boleh juga nekad melakukan tindakan bunuh diri kerana masalah yang tidak dapat ditanggung. Orang yang bunuh diri maksudnya telah melepaskan satu pemberian Tuhan yang sangat besar iaitu, kehidupan. Kita tahu bahawa sehebat apa pun manusia dan secanggih apa pun teknologi yang ada di dunia ini tidak akan mampu menciptakan nafas kehidupan (nyawa) bagi manusia. Bunuh diri bermaksud membuang kesempatan yang Tuhan berikan, tidak menghargai pemberian dan karya Tuhan dalam hidupnya.

Seberat apa pun masalah yang dialami tidak seharusnya manusia melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Ingat, Tuhan sentiasa ada dalam setiap waktu. Panggillah Yesus dengan berdoa. Dia datang memberi penghiburan dan kekuatan. "Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu."  (Matius 11:28). Bunuh diri adalah perbuatan yang sudah lupa akan nama dan kebesaran Tuhan. Juga telah merosakan dan menggagalkan rencana Tuhan dalam kehidupannya.

Sekalipun berat masalah yang kita alami, pasti ada jalan keluarnya, asalkan kita mahu datang kepada Tuhan dan meminta pertolongan-Nya. Tuhan sentiasa memberkatimu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan