Ahad, 11 November 2018

Renungan Petang Isnin, 12 November 2018




Renungan Petang
Isnin, 12 November 2018

Hanya Tuhan Sahaja Yang Mampu

"Pertolonganku ialah dari TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi." Mazmur 121:2

Ada ramai orang percaya yang mudah sekali putus asa ketika berhadapan dengan masalah hidup yang berat kerana mereka berfikir Tuhan tidak mempedulikan hidupnya. Itu salah besar. Tidak pernah sekalipun Tuhan meninggalkan dan membiarkan umat-Nya sendirian. Tuhan berkata, "Sampai masa tuamu Aku tetap Dia dan sampai masa putih rambutmu Aku menggendong kamu. Aku telah melakukannya dan mau menanggung kamu terus; Aku mau memikul kamu dan menyelamatkan kamu." (Yesaya 46:4).

Pemazmur menegaskan bahawa Penjaga Israel tidak terlelap dan tidak tertidur (Mazmur 121:4). Jika Tuhan mengizinkan kita melalui masa-masa yang sukar, maksudnya Dia sedang melatih kita untuk bergantung penuh kepada-Nya. Jangan pernah lari dari proses pembentukan Tuhan. Mungkin terasa sakit tetapi mendatangkan kebaikan bagi kita, sebab proses memerlukan waktu dan ketekunan.

"Sebab kamu memerlukan ketekunan, supaya sesudah kamu melakukan kehendak Allah, kamu memperoleh apa yang dijanjikan itu." (Ibrani 10:36).  Berbeza sekali dengan dunia yang selalu menawarkan segala sesuatu yang serba cepat iaitu, pertolongan, wang kekayaan, jawatan atau populariti. Sesukar apa pun keadaan, tetap arahkan pandangan hanya kepada Tuhan. Kalau kita rasakan Tuhan terlalu jauh dari hidup ini, kita harus tetap beriman dengan kebenaran ini: "Tuhanlah Penjagamu, Tuhanlah naunganmu di sebelah tangan kananmu." (Mazmur 121:5).

Sampai di hujung dunia mana pun kita takkan pernah menemukan pertolongan dan perlindungan yang sempurna. Dapatkah kita menjaga dan melindungi keluarga kita selama 24 jam penuh setiap hari? Tidak akan dapat. Perhatikan janji-Nya, "Matahari tidak menyakiti engkau pada waktu siang, atau bulan pada waktu malam. TUHAN akan menjaga engkau terhadap segala kecelakaan; Ia akan menjaga nyawamu. TUHAN akan menjaga keluar masukmu, dari sekarang sampai selama-lamanya." (Mazmur 121:6-8).

Pertolongan dan perlindungan yang sempurna hanya kita dapatkan di dalam Tuhan kerana Dia Tuhan yang tidak pernah terlelap. Tuhan memberkati anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan