Selasa, 20 November 2018

Renungan Petang Selasa, 20 November 2018



Renungan Petang
Selasa, 20 November 2018

Setia Dalam Perkara-Perkara Kecil

"Barangsiapa setia dalam perkara-perkara kecil, ia setia juga dalam perkara-perkara besar." Lukas 16:10

Ramai orang seringkali memusatkan perhatian atau hanya berfokus kepada hal-hal yang besar, sehingga melupakan, meremehkan dan memandang rendah terhadap perkara yang kecil atau sederhana. Walhal untuk mencapai kepada perkara-perkara yang besar kita harus bermula dari hal-hal yang kecil. Untuk mencapai ke puncak gunung kita harus bermula dari bawah atau melalui lembah dan lereng terlebih dahulu.

Cuba bertanya kepada orang-orang yang sudah berjaya, dalam bidang perniagaan atau pekerjaan, mereka juga bermula dari kosong untuk mencapai kejayaan. Di zaman sekarang ini, ramai orang ingin berjaya dengan jalan pintas, tak peduli walaupun dengan cara yang tidak halal. Ketika melamar pekerjaan, orang mahu diberikan jawatan tinggi atau gaji yang besar. Begitu pula dalam hal melayani pekerjaan Tuhan, ramai orang inginkan jawatan  yang lebih besar di dalam organisasi.

Sebelum kita layak untuk menerima sebuah kepercayaan, mahu tidak mahu, kita harus terlebih dahulu melalui proses dari bawah. Kita tidak secara tiba-tiba berada di puncak. Ada ujian kesetiaan, ujian ketekunan dan ujian kesabaran dalam melakukan perkara-perkara kecil. Adakalanya kita terpaksa melalui pengalaman pahit atau situasi sukar yang sangat menyakitkan, namun kita tidak boleh berputus asa, kita harus terus melangkah dan melangkah dan tetap melakukan apa yang menjadi bahagian kita, tanpa ada rungutan.

Kiranya Tuhan memberkati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan