Rabu, 14 November 2018
Renungan Petang Rabu, 14 November 2018
Renungan Petang
Rabu, 14 November 2018
Hati Yang Gelisah
"Mengapa engkau tertekan, hai jiwaku, dan mengapa engkau gelisah di dalam diriku? Berharaplah kepada Allah! Sebab aku bersyukur lagi kepada-Nya, penolongku dan Allahku!" Mazmur 43:5
Rasa gelisah adalah perasaan yang dialami oleh semua orang. Gelisah bermaksud tidak tenteram, suasana hati yang selalu merasa khuatir, tidur tidak tenang dan tidak sabar dalam hal menanti. Jika memperhatikan situasi akhir-akhir ini, tidaklah menghairankan begitu ramai orang hidup dalam kegelisahan.
Jika terjadi hujan lebat kita yang tinggal di tebing sungai diliputi kegelisahan kerana takut banjir melanda dan mereka yang tinggal di lereng-lereng bukit takut berlakunya runtuhan. Bukan hanya itu, para isteri hatinya selalu diliputi rasa gelisah ketika melihat suaminya sering terlambat pulang dari pejabat tanpa ada alasan yang jelas. Sungguh benar yang Ayub katakan, "Manusia yang lahir dari perempuan, singkat umurnya dan penuh kegelisahan." (Ayub 14:1).
Kegelisahan juga pernah dialami oleh murid-murid ketika mendengar bahawa Gurunya akan pergi meninggalkan mereka, walhal Tuhan Yesus tidak mengatakan bahawa Dia pergi dan takkan kembali, melainkan Dia akan pergi dan segera kembali. Melihat hal itu, berkatalah Tuhan kepada mereka:
"Janganlah gelisah hatimu; percayalah kepada Allah, percayalah juga kepada-Ku... Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, supaya di tempat di mana Aku berada, kamupun berada." (Yohanes 14:1-3). Tuhan Yesus telah memberi jalan untuk kita terlepas dari rasa gelisah iaitu, percayalah kepada Allah, percayalah juga kepada-Ku.
Apakah anda pada saat ini sedang dalam kegelisahan kerana ditekan masalah berat? Segeralah datang kepada Yesus dan percayalah kepada-Nya kerana Dia adalah jalan dan kebenaran dan hidup (baca Yohanes 14:6). Ketika bertemu dengan Yesus, seorang perempuan Samaria mengalami pemulihan hidup karena dia telah menemukan jawaban dan jalan keluar dari permasalahan yang selama ini dia cari. Dan kepada Lazarus, Yesus telah membuktikan bahawa Dia adalah Sumber hidup.
Kegelisahan takkan melanda jika kita benar-benar menyerahkan semua permasalahan hidup kita kepada Tuhan dan percayalah kepada-Nya. Tuhan memberkati!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan