Sabtu, 3 November 2018

Renungan Petang Sabat, 03 November 2018



Renungan Petang
Sabat, 03 November 2018

Hakim Yang Adil

"Bapa tidak menghakimi siapapun, melainkan telah menyerahkan penghakiman itu seluruhnya kepada Anak, supaya semua orang menghormati Anak sama seperti mereka menghormati Bapa. Barangsiapa tidak menghormati Anak, ia juga tidak menghormati Bapa, yang mengutus Dia." Yohanes 5:22-23

Masih adakah keadilan di dunia ini? Terlalu banyak kes mahkamah yang berakhir dengan kemenangan di pihak orang bersalah yang mempunyai wang dan kuasa, sementara orang yang tidak bersalah terpaksa mengalah kerana tidak ada yang membela. Di zaman ini sungguh tak dapat dinafikan bahawa wang dan kuasa seringkali menjadi penentu kebenaran dan keadilan manusia.

Selagi kita masih hidup mungkin kita boleh tertawa lebar dan bersukacita di atas penderitaan orang lain tetapi akan datang waktunya keadilan dan kebenaran ditegakkan. Alkitab menyatakan bahawa Tuhan adalah Hakim yang adil, yang mana keadilan-Nya akan membalas setiap perbuatan manusia. Setiap ketaatan dan ketidaktaatan pasti mendapatkan ganjaran.

Ketika mendengar kata penghakiman jangan pernah beranggapan hanya dosa-dosa berat saja yang akan dihakimi tetapi perkataan sia-sia pun tak terlepas. Semua perbuatan dosa adalah sama dihadapan Tuhan. Dia berkata, "Setiap kata sia-sia yang diucapkan orang harus dipertanggungjawabkannya pada hari penghakiman. Karena menurut ucapanmu engkau akan dibenarkan, dan menurut ucapanmu pula engkau akan dihukum." (Matius 12:36-37).

Penghakiman ke atas seluruh manusia telah diserahkan Bapa kepada Anak-Nya, Yesus Kristus. "Anak Manusia akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya dan mereka akan mengumpulkan segala sesuatu yang menyesatkan dan semua orang yang melakukan kejahatan dari dalam Kerajaan-Nya." (Matius 13:41).

Ketika itulah semua manusia akan terkejut dan sangat menyesal kerana mereka akan melihat Yesus Kristus duduk di takhta penghakiman kerana selama hidup di dunia mereka menolak, membenci, menghujat dan tidak percaya kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat.

"Sesungguhnya barangsiapa mendengar perkataan-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, ia mempunyai hidup yang kekal dan tidak turut dihukum, sebab ia sudah pindah dari dalam maut ke dalam hidup." Yohanes 5:24.

Kiranya Tuhan memberkati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan