Selasa, 25 September 2018

Sumber rujukan dari Buku Tulisan Ellen G White


Renungan Petang
Selasa 25 September 2018

Berhati-hatilah Dengan Penyembuhan Di Akhir Zaman

"Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya." 1 Petrus 5:8.

Kegiatan Iblis sekarang sedang dilipatgandakan, dan pada masa yang sama mereka yang menyimpang dari jalan kebenaran akan kehilangan ikatan mereka. Oleh karena tidak memiliki apa-apa untuk berpaut kepada Tuhan, mereka akan melayang dari satu khayalan ke khayalan yang lain, dihembus oleh berbagai angin-angin doktrin yang lain. Setan telah tampil dengan kuasa besarnya. Ramai orang akan tertipu oleh mukjizat-mukjizatnya.

Orang percaya harus berwaspada setiap masa. Hendaklah di antara umat Allah sentiasa arif dan aktif dalam kerohanian. Roh-roh jahat begitu aktif dan lebih berusaha untuk mengawal fikiran manusia. Ramai orang yang melawan Tuhan seperti kayu api dibakar oleh api di akhir zaman kelak. Mereka yang membuang Kristus dan kebenaranNya akan tersesat dan membanjiri dunia yang hidup dalam kegelapan.

Orang-orang percaya haruslah tenang dan berwaspada, dengan gigih menolak musuh mereka iaitu, setan. Iblis sedang berjalan disekeliling seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya. Orang-orang yang berada di bawah pengaruh roh-roh jahat akan melakukan keajaiban-keajaiban, mengadakan mukjizat-mukjizat penyembuhan.

Iblis akan membuat orang-orang menjadi sakit. Dan kemudian secara tiba-tiba ada kuasa yang boleh menyembuhkan penyakitnya. Lalu mereka akan dianggap telah disembuhkan. Siapakah yang menyembuhkan? Apakah berasal dari kuasa Tuhan? Lihatlah bagaimana dia hidup dihadapan Tuhan. Pekerjaan-pekerjaan penyembuhan palsu ini akan menguji orang-orang Advent.

Jika orang-orang yang melalui penyembuhan-penyembuhan yang dilakukan, berkompromi dengan hukum Allah, dan terus berada dalam ketidaktaatannya, walaupun mereka memiliki kekuatan yang luar biasa, maka hal itu tidak bermakna mereka memiliki kuasa besar dari Allah. Sebaliknya, itu adalah kuasa mukjizat yang bekerja untuk si penipu besar itu.

Iblis mengerahkan manusia sebagai alatnya yang boleh dia kuasai untuk membutakan ramai orang dari tabiatnya yang sebenar. Kita harus menyedarinya bahawa di akhir zaman ini Iblis akan bekerja dengan tanda-tanda dan keajaiban-keajaiban yang menyesatkan. Dan Iblis akan meneruskan keajaiban-keajaiban ini sehingga penutupan pintu kasihan, sehingga dia kononnya dapat membuktikan bahawa dia adalah malaikat terang dan bukan malaikat kegelapan.


Sedarlah akan kuasa Tuhan, Ibils tidak pernah mampu menentang Kuasa Tuhan walaupun mungkin ramai kelompok manusia yang terjerat dengan perangkapnya. Hai umat percaya, berjaga dan berdoalah setiap masa. Tuhan sentiasa memberkati Anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan